Showing posts with label Crisis in Church. Show all posts
Showing posts with label Crisis in Church. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Gaun Pengantin Yang Tunjuk Aurat

Pada tahun 1917, semasa penampakkan Bonda Maria di Fatima, beberapa peringatan telah diberikan kepada umat-umat di dunia; antaranya,

i) Banyak perkahwinan yang tidak baik; banyak yang tidak lagi mengikut jalan Tuhan.

ii) Banyak fesyen baru yang akan diperkenalkan; banyak antaranya yang akan memurkai Tuhan.

Tahun kemunculan Bonda Maria di Fatima adalah tahun 1917...
Sekarang ini sudah masuk tahun 2000-an...tahun ini saja tahun 2011, bulan Februari...
Sudah 94 tahun berlalu sejak Maria memperingatkan umat didunia. Cubalah renungkan kata-kata Bonda kita dan ambillah majalah fesyen terkini, selak mukasurat demi mukasurat dan lihat fesyen terkini zaman ini...atau hidupkan komputer yang berinternet, masuk ke halaman web fesyen dan lihat fesyen-fesyen terbaru dan popular pada zaman ini. Semua yang dinubuatkan oleh Maria sedang berlaku di depan mata kita...tren dedah aurat yang mempamerkan bahagian depan sehingga sedikit menunjukkan buah dada wanita, kesemua bahagian lengan dan bahagian belakang badan adalah tren fesyen yang paling popular dan pada masa ini sedang menenggelami fesyen-fesyen yang 'sopan' sehingga ramai wanita, terutama ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan mengeluh...kalau beginilah sudah keadaan moral masyarakat, bagaimana nak mendidik anak-anak perempuan? Pening, susah hati...

Banyak gaun pengantin perempuan sekarang sudah tidak sopan lagi!...hai pengantin-pengantin baru, tiada ertinya berkahwin di gereja jika tidak mahu menghormati Tuhan lagi, berkahwin semata-mata hanya untuk kepuasan nafsu, hanya untuk mendapat sekeping surat sah kahwin, hanya untuk dapat bergambar dengan fesyen gaun pengantin yang terbaru...tidakkah ada gentar sedikit pun apabila memasuki rumah suci, rumah Tuhan? Mengapa begitu leka mengutamakan hal-hal duniawi? Pernahkah kamu berfikir tentang sebab-sebab mengapa penceraian berlaku? Apakah perkahwinan itu suatu hal remeh-temeh? Apakah akibatnya apabila Tuhan sudah tidak diperdulikan lagi? Pasangan bercerai-berai...ya bukan lagi satu berita baru pada masa kini...apa yang nak dihairankan...sudah jelas manusia semakin hanyut, lupa Tuhan, lupa pesanan Maria, bonda Tuhan Yesus kristus. Kalau sudah diingatkan tetapi tetap juga degil, hanya inginkan kemahuannya diikuti...maka bersedialah juga menanggung akibatnya nanti.

Monday, August 23, 2010

Mengapa Wanita Tidak Boleh Menjadi Paderi?

Dalam abad ke-21 ini, zaman teknologi canggih, dimana lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk mendapat didikan peringkat universiti dan sama-sama berlumba mengejar cita-cita korporat, ramai umat Katolik yang berfikiran liberal, yang inginkan perubahan dan pemodenan dibuat dalam gereja, berpendapat bahawa wanita harus diberi peluang untuk menjadi paderi. Semasa gereja-gereja Protestan dengan berjuta-juta denominasinya diseluruh dunia sedang sibuk mentahbiskan wanita sebagai paderi, Gereja Katolik tetap mempertahankan kedudukannya HANYA mentahbiskan kaum lelaki sebagai paderi. Gereja Katolik dikutuk kerana bersikap demikian dan dituduh tidak menghargai jasa-jasa dan sumbangan kaum wanita (kutukan datang dari umat sendiri dan juga umat Protestan). Apakah pendirian Gereja Katolik dan apakah kata muktamad dari paus tentang isu ini? Jawapannya: HANYA LELAKI DIBENARKAN MENJADI PADERI. KAUM WANITA DILARANG SAMA SEKALI menjadi paderi dan juga 'budak altari'. Apakah sebab-sebabnya?

1. Yesus Kristus adalah ketua paderi
Mengikut Alkitab testamen baru, kepaderian (priesthood) bermaksud Tuhan Yesus Kristus sendiri. Melalui Sakramen Kudus Oder, seorang lelaki yang ditahbiskan menjadi paderi, apabila ia merayakan misa, menjadi 'in persona Christ capasiti' atau 'menjadi Kristus sebenar-benarnya'.

2. Yesus Kristus adalah seorang lelaki
Yesus Kristus adalah seorang manusia yang dilahirkan sebagai seorang lelaki. Ada yang berpendapat isu jantina tidak patut diungkitkan sebagai alasan, kerana wanita juga boleh melakukan kerja yang dilakukan oleh kaum lelaki. Salah faham terhadap gereja berlaku kerana gereja hanya membenarkan lelaki menjadi paderi, justeru ada pihak yang beranggapan semua jasa dan sumbangan wanita tidak dihargai oleh gereja, tidak kurang juga dituduh sebagai anti-feminis. Gereja sebenarnya memandang wanita sebagai tidak kurang pentingnya dari kaum lelaki, cuma kepentingan mereka, dalam pemeliharaan keutuhan iman gereja, adalah dengan memenuhi peranan-peranan kewanitaan mereka bersesuaian dengan panggilan (vocation) yang ditentukan oleh Tuhan. Buktinya - Gereja sentiasa melaung-laungkan devosi kepada Perawan Maria, bonda Yesus Kristus kepada umatnya sebagai jalan penyelamatan pada zaman akhir ini.

3. Kerana Tradisi
Tradisi gereja juga adalah salah satu sebab mengapa hanya lelaki ditahbis menjadi paderi. Dalam 'Jamuan Akhir' Yesus memanggil kesemua duabelas rasulnya tetapi Perawan Maria tidak dipanggil. Maka gereja, yang berpegang kuat kepada tradisinya akan memelihara tradisi ini.

4. Kerjaya sebagai paderi bukan sebagai fungsi semata-mata tetapi penekanan kepada karakter kerohanian yang utuh (indelible)
Ada sesetengah tradisi yang boleh dibatalkan. Tetapi jika tradisi hanya lelaki dipilih menjadi paderi dibatalkan, salah-faham akan berlaku. Ordinasi kaum lelaki sebagai paderi bukan sahaja memberikan mereka keizinan merayakan misa, ia juga melibatkan perubahan karakter kerohanian yang utuh.

5. Ordinasi kaum wanita menjadi paderi melanggar undang-undang gereja
Pentahbisan kaum wanita menjadi paderi adalah melanggar undang-undang Tuhan. Jika ada uskup yang berusaha mentahbiskan wanita sebagai paderi gereja, ia adalah sia-sia belaka kerana ordinasi itu adalah tidak sah. Gereja Protestan yang menyokong dan melaung-laungkan pentahbisan wanita menjadi paderi, mendapati mereka terpaksa mengubah definasi kepaderian dari semasa kesemasa, daripada seseorang yang mendapat karakter kerohanian yang utuh (indelible) sehinggalah kepada peranan paderi sebagai 'fungsi' semata-mata. Dalam sejarah gereja Katolik selama 2000 tahun, sebarang perubahan dalam definasi kepaderian, akan mengakibatkan perubahan dalam doktrin.

Baca versi Bahasa Inggeris dipautan ini:

Pada pendapat saya pula, wanita dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai daya-tarikan yang semulajadi kepada kaum lelaki. Tuhan menciptakan Hawa agar menjadi teman kepada Adam. Kita sedia maklum dalam pengiklanan sesuatu produk, kaum wanita mendominasi pekerjaan sebagai peragawati (model) jika dibandingkan dengan kaum lelaki atau peragawan (Dalam erti kata lain, wanita banyak dieksploitasikan demi melariskan sesuatu produk). Kecantikan seseorang wanita apatah lagi jika mempunyai bentuk tubuh badan yang sempurna, dengan senyuman dan lengang-lengoknya yang manja, sentiasa mendapat perhatian daripada kaum lelaki. Sebenarnya ini adalah baik, agar si lelaki dan wanita (yang masih bujang) dapat mencari teman hidup (tetapi mestilah dalam suasana yang sihat, bukan hanya mengikut keinginan hawa-nafsu).

Jika dalam perniagaan, para usahawan, menyedari tentang 'kelebihan' yang ada pada daya-tarikan wanita, mengapa pula Tuhan tidak menyedarinya terlebih dahulu? Tentu ada sebab mengapa Tuhan memilih hanya lelaki sebagai paderi. Tentu ada sebab mengapa Tuhan menjadikannya sebagai TRADISI Gereja. Rasa-rasanya jika wanita diperbolehkan menjadi paderi, tentu ramai tumpuan lelaki akan mudah goyah (kerana syaitan tahu kelemahan lelaki). Maka, TUHAN LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA...usahlah manusia, lelaki dan wanita, dengan kepintaran yang terhad, mencabar sesuatu yang telah ditetapkan oleh Tuhan...(kepada pembaca Kristian yang memberi alasan bahawa hal yang dibincangkan diatas tiada dicatitkan dalam Alkitab, ini adalah kerana Gereja Katolik tidak bergantung kepada Alkitab semata-mata). Gereja mempunyai TRADISI, amalan atau pengajaran yang diperturunkan dari satu generasi Kristian kepada satu generasi yang baru, melalui rasul-rasul Tuhan (Ramai umat Katolik yang tidak menyedari tentang hal ini). Renungkan...

Monday, August 16, 2010

Undang-undang Sivil Mengatasi Undang-undang Gereja?




Tren terbaru sekarang di kalangan pasangan Katolik sebelum berkahwin adalah berkahwin secara Sivil dahulu sebelum berkahwin dalam Gereja. Sebenarnya ianya tidaklah baru, cuma tren ini yang dahulunya dilihat sebagai 'dosa' mengikut hukum Tuhan (Sekarang: TETAP Dosa), kini dilakukan secara terang-terangan dan juga dengan pengetahuan dan mendapat persetujuan sepenuhnya dari ibubapa pasangan dan paderi Katolik sendiri.

Cuba kita imbas masa dahulu dimana apabila pasangan Katolik berkahwin, mereka tidak terfikir pun tentang perbezaan sivil dengan gereja. Bagi umat Katolik yang setia dengan ajaran Gereja, mereka hanya tahu perkahwinan HARUS dibuat di Gereja. Mereka tiada niat untuk melanggar undang-undang Tuhan. Kita tahu (kecuali dalam kes-kes tertentu) apabila pasangan berkahwin di Gereja, perkahwinan mereka sekaligus akan didaftarkan dalam rekod gereja dan juga sivil, dan paderi perlu mempunyai lesen mengesahkan perkahwinan yang dirayakan dalam gereja. Dalam keadaan sebegini, pasangan Katolik dianggap telah melalui satu perkahwinan yang sempurna kerana ianya tidak melanggar undang-undang Tuhan. Ibubapa, Paderi, Pasangan Berkahwin dan juga saksi-saksi yang datang menyempurnakan perkahwinan itu telah menjalankan peranan masing-masing tanpa perasaan berbela-bagi. Kita tahu sebelum pasangan berkahwin, mereka dikehendaki mengikut 'Kursus Perkahwinan' yang biasanya dikendalikan oleh katekis gereja dan sebelum mereka berkahwin, diwajibkan untuk menghadiri Sakramen Pengampunan sebagai persediaan penerimaan Sakramen Ekaristi semasa Misa Sakramen Perkahwinan dirayakan nanti. Dalam persekitaran normal, jika tidak ada masalah dalam hubungan pasangan yang hendak berkahwin, tidak ada persengketaan antara keluarga pengantin perempuan dan lelaki, perkahwinan yang sedemikian akan diberkati, sentiasa dilindungi dan dibimbingi oleh Tuhan.

Cuba kita lihat pula dengan tren sekarang. Baru-baru ini saya telah menerima kad jemputan kahwin (bukan kali pertama) dimana pasangan yang hendak berkahwin di gereja ini telah pun mendaftar di mahkamah sivil dan sudah sah menjadi sepasang suamiisteri. Setahu saya, pasangan ini (juga pasangan dari jemputan lain sebelum ini dalam kes yang sama) tidak mempunyai alasan atau masalah yang wajar untuk mereka mendahulukan perkahwinan sivil dari perkahwinan gereja. Ini bermaksud mereka bersikap,

(i) tidak kisah; berpendapat tiada perbezaan antara perkahwinan sivil dengan gereja
(ii) berkemungkinan juga sudah biasa tinggal sebumbung (live together) mengikut tren yang dipromosikan oleh pelakon-pelakon antarabangsa di television dan panggung wayang
(iii) tiada didikan agama

Apa akibatnya, jika perkahwinan sivil didahulukan dari perkahwinan gereja? Umat Katolik perlu diingatkan bahawa Undang-undang Tuhan MENGATASI undang-undang sivil. Ini bermakna pasangan Katolik yang mendahului berkahwin secara sivil membuat dosa melakukan hubungan diluar nikah. Kepuasan duniawi mengaburi fikiran pasangan sedemikian. Mereka hanya mengikut tren masakini, mengikut arus perubahan semasa...uskup, paderi, ibubapa, sanak saudara, sahabat dan masyarakat...tidak ramai yang menyuarakan tentangan dengan cara kehidupan sedemikian; akibatnya ramai yang melakukan perkara yang sama sehingga kelihatannya seperti menjadi sebahagian dari kehidupan 'normal' masyarakat...skandal demi skandal...(Mat 18:7)...dosa di dunia menjadi semakin berat.

Apabila pasangan yang bersikap sedemikian berkahwin di gereja, bukankah ianya akan menyumbangkan masalah kepada pasangan yang sedang berpacaran? atau pun pasangan yang inginkan 'Perkahwinan Sempurna' tetapi diskandali dengan sikap para religius yang tidak lagi mementingkan 'kesucian' (purity) sebelum berkahwin. Atau adakah ini inovasi terbaru dari gereja...buah dari Vatikan ke-2? Kita semua sedia maklum bahawa persekitaran moral dan akhlak pada masa kini mendedahkan godaan dan dugaan yang sangat hebat kepada bukan saja kaum muda-mudi tetapi juga kepada golongan dewasa. Jika ibubapa dan para religius memandang remeh terhadap kesucian diri sebelum berkahwin, bayangkan bagaimana kehidupan generasi di masa akan datang? Bukankah keadaan moral dan akhlak di zaman kita sekarang pun sudah jauh lebih teruk dari zaman Sodom dan Gomorrah? Lagaknya seperti manusia tidak berkesudahan mencetus kemurkaan Tuhan, tidak lagi takut kepada hukuman Tuhan...Kisah banjir besar semasa Zaman Nuh, kisah kehancuran bandar Sodom dan Gomorrah, malapetaka gunung berapi meletup, gempabumi, banjir Tsunami yang telah mengakibatkan berbillion-billion nyawa tergadai masih belum dapat menyedarkan umat manusia...

Bonda Maria ada menyatakan pada tahun 1917 kepada Jasinta, salah satu dari tiga budak di Fatima, bahawa dosa yang paling banyak mengheret jiwa ke neraka adalah dosa kedagingan...(sins of the flesh). Selain itu, Bonda Maria juga ada mengatakan banyak perkahwinan yang tidak lagi baik, banyak perkahwinan yang tidak lagi menyenangkan Tuhan ...renungkan...

Friday, April 23, 2010

NEW Stations of the Cross?















Lent is over, well, at least according to Catholic calendar. Although it's over for year 2010, a catholic can still do his/her own lent (I'm referring to penance and works of reparation) anytime throughout the year.

A lot of changes has been happening in the Roman Catholic church. One of them, is the Stations of the cross. The modernists are continuously flexing their skills in causing 'diabolical disorientation' and they have not spared the 'Passion of our Lord'. Probably, more changes are in the making...(sigh!). I read somewhere (one of the books exposing modernist tactics) that modernists are not fond of the 'Suffering' of our Lord. They prefer the 'Resurrection'. But of course they don't want to make it look obvious!!! We know that the saints become saints because of their daily meditation in the 'Passion of Our Lord'. To cut the story short, one can see and judge for himself by looking at these pictures of the NEW stations of the cross. Pictures are worth a thousand words...

Now compare the NEW stations with the OLD stations...do you see any difference? You can visit pictures of the OLD stations of the cross here. This book, 'The New Way of the Cross' (see the cover of the book above) is widely sold at the Pauline's or Daughters of St. Paul bookstores. After you have read this posting, you may want to PONDER, PRAY and LISTEN to what God has to say to you about these changes...

"Hear, O foolish people, and without understanding: who have eyes and see not; and ears but hears not." - Jeremiah 5:21

Saturday, February 6, 2010

The Main Target...

"That which afflicts the Immaculate Heart of Mary and the Heart of Jesus is the fall of religious and priestly souls. The devil knows that religious and priests who fall away from their beautiful vocation drag numerous souls to hell. The devil wishes to take possession of consecrated souls." - Sister Lucy of Fatima

Can any of us doubt these words of Sister Lucy, especially in light of the terrible scandals that have come to stain the Catholic priesthood? You know in your heart that we are in the midst of a great war. The war is for your soul and souls of your loved ones. We are under attack from all sides, and the attack is directed by satan. When people see a Roman collar, what do many think? Of holiness? Of a spiritual father who will lead them in the fight against the world, the flesh and the devil, and lead them to Heaven? Or do they rather think of the reports of pedophilia and homosexuality; of bishops covering up or even participating in the vices of their fallen priests?
I can't begin to tell you of the pain this causes me...I can't imagine of the heartbreak it must have caused to Catholics around the world.

Being good and holy has never been easy, but never has it been harder than NOW. But many of our priests and bishops are not even aware of the struggle and the relentless assaults of the enemy. They are under attack and don't even know it. There is something that has blinded them. They can't see the enemy or recognize his tactics. They suffer from what Sister Lucy called "DIABOLICAL DISORIENTATION." This is why we must bring Our Lady's Message of Fatima to priests. We must fight against this diabolical disorientation. As any good tactician knows (the devil is a very good tactician!), if you deprive the enemy army of its officers, the leaderless troops can be scattered and destroyed. This is the devil's chief battle plan.

"Perkara yang amat menyedihkan bonda Maria dan Tuhan Yesus Kristus adalah kejatuhan paderi dan para religius dari vokasi mereka." Syaitan amat mengetahui bahawa apabila mereka berjaya menjatuhkan pader-paderi, banyak jiwa yang juga akan diheret ke neraka. Syaitan berikhtiar untuk menguasai paderi dan para religius." - Sr. Lusia, Fatima.

Adakah diantara kita yang masih meragui dengan kenyataan dari Sr. Lusia diatas? terutama pada masa dimana gereja dilanda dengan skandal-skandal paderi? Kita tahu bahawa sekarang ini kita sedang berada dalam peperangan...peperangan untuk menyelamatkan roh kita dan juga roh-roh ahli keluarga kesayangan kita. Kita diserang dari setiap sudut dan serangan ini adalah dari syaitan. Apakah pemikiran umat apabila melihat seseorang yang memakai kolar Roman? Adakah mereka akan memikirkan tentang kekudusan? Adakah mereka akan memikirkan tentang seorang bapa yang akan memimpin mereka melawan daging dan dunia, melawan syaitan dan memimpin umat ke syurga?

Atau adakah perkara sebaliknya berlaku...?...pemikiran yang waspada kerana skandal seks yang sedang berleluasa dikalangan paderi terutama dinegara-negara barat dan para biskop yang mengetahui tentangnya tetapi hanya melihat dan memindahkan paderi terlibat ke paroki yang lain, membendung krisis dan tidak cuba mencari dan melumpuhkan masalah itu dari akar umbinya...Saya sendiri merasa malu dan sedih apabila memikirkan hal ini dan saya rasa ramai umat Katolik diseluruh dunia juga berada dalam keadaan yang sama.

Menjadi seorang yang baik dan kudus bukanlah mudah; apalagi di zaman sekarang...Malangnya, dalam keadaan begini masih ramai paderi dan biskop yang tidak menyedari akan serangan bertubi-tubi dari musuh halimunan ini (syaitan). Mereka diserang dan mereka tidak mengetahui tentang serangan ini. Sister Lusia mengatakan mereka mengalami suatu yang dipanggil "Orientasi Dibolikal". Disebabkan inilah mereka perlu diberitahu akan keadaan gereja sekarang dan mesej dari Fatima. Umat-umat yang menyedari akan dibolikal ini perlu memeranginya. Syaitan amat licik...dia tahu bahawa mana-mana kumpulan atau organisasi yang tidak mempunyai seorang ketua adalah satu organisasi yang lemah. Tanpa seorang ketua, kesatuan diantara ahli-ahlinya tidak akan wujud. Dalam peperangan, taktik atau strategi melawan musuh adalah penting sekali. Maka ahli-ahli religius terutama paderi-paderi menjadi sasaran utama syaitan. Inilah taktik musuh kita sekarang...menjatuhkan sebanyak paderi yang boleh...

Thursday, February 4, 2010

What are the errors of Russia?



In the third apparition of Our Lady in Fatima, on 13th July, 1917, Our Lady warned that if man does not:

“Stop offending God, another even worse war will begin in the reign of Pius XI… To prevent it [the war], I will come to ask for the consecration of Russia to my Immaculate Heart and the Communion of reparation on the first Saturdays. If they listen to my requests, Russia will convert and there will be peace; if not, it will spread its errors throughout the world, promoting wars and persecutions of the Church. The good will be martyred; the Holy Father will have much to suffer, and several nations will be annihilated.

What exactly are these errors of Russia, of which Our Lady speaks? What was so different about Russia, that Our Lady should single it out with such a comment?

The Russian Revolution took place in 1917. Its fruit in Russia was the formation of a new regime that became the foundation of the Soviet Union, which did, as Our Lady had predicted, promote wars and persecutions of the Church, where the good were martyred, which did annihilate several nations and which caused the Holy Father to suffer much.

This new regime was atheistic, and it persecuted religion, especially the Catholic Church. It enacted laws to diminish the role of the family and to abolish private property. It was the first government in modern times to openly promote abortion on demand, years before the Eugenic Program of Nazi Germany, and long before abortion was legalised in any western country. The breakdown of the family was almost complete in soviet society. The government usurped the place of parents in educating children. It interfered in every detail and every aspect of the life of its citizens. All power and authority were centralised.

The errors of Russia, as Our Lady predicted in 1917, would be spread throughout the world. Already much of our legislation, and indeed that of every western country, is greatly influenced by the laws and especially by the ideology of the old Soviet Union. And like in the Soviet Union, the breakdown of the family is well advanced throughout the western world.


Do we want these errors in our country? Or in our neighbouring countries? Or in many other countries? The expression that comes from Sabahans when they truly fear something is ...ehh paalis...the choice is in your hands...Join the 12-Million Rosary Crusade which ends on 25 March 2010.



Dalam penampakkan ke-3 Perawan Maria di Fatima, iaitu pada 13 Julai 1917, dia memberi amaran kepada manusia:

"Jika manusia tidak berhenti dari memurkakan Tuhan, satu perang dunia yang lebih dashyat akan meletus semasa pemerintahan Pius XI...(Maria mengatakan tentang Perang Dunia ke-2). Untuk mengelakkan dari meletusnya perang ini, saya datang meminta 'Konsekrasi Russia kepada Hati Suci Saya' dan kesatuan kerja-kerja penebusan pada setiap hari Sabtu pertama. Jika permintaan saya dipenuhi, Russia akan menganut agama Katolik dan dunia akan aman; jika tidak, Russia akan menyebarkan kejahatan-kejahatannya (errors) keseluruh dunia, mempromosikan peperangan dan melakukan penyeksaan terhadap gereja Katolik. Orang baik akan menjadi martir, Bapa Kudus (Paus) akan melalui banyak penderitaan dan banyak negara akan musnah dan lenyap dari mukabumi."

Apakah sebenarnya kejahatan-kejahatan Russia yang disebut oleh Perawan Maria? Mengapa negara Russia dan tidak negara lain, apa yang unik tentang Russia sehingga Perawan Maria hanya menyebut nama negara ini?

Revolusi Russia berlaku pada tahun 1917, tahun yang sama dengan penampakkan Maria di Fatima. Buah dari revolusi ini adalah pembentukan satu regim baru yang mencipta asas dalam pemerintahan Soviet Union atau U.S.S.R. (U.S.S.R berpecah pada tahun 1991), satu pemerintahan (seperti yang diprofesikan oleh Maria) yang mempromosikan peperangan dan penyeksaan terhadap gereja, dimana orang baik menjadi martir, dan telah menghancurkan beberapa negara didunia yang menyebabkan Paus banyak menderita.

Regim ini menganuti kepercayaan atheis dan bersikap anti-agama, terutamanya agama Katolik. Ia membuat undang-undang yang menghadkan tanggungjawab ibubapa dalam sesebuah keluarga (kerajaan lebih berkuasa dalam keluarga) dan menghapuskan pemilikan harta persendirian. Ia adalah kuasa pemerintahan yang pertama dalam zaman moden ini, menghalalkan pengguguran anak secara terbuka, beberapa tahun lebih awal dari Program Eugenik semasa pemerintahan Nazi di Jerman dan jauh lebih awal dari kelulusan undang-undang membenarkan pengguguran anak di negara-negara barat. Penghancuran keluarga-keluarga di negara Soviet Union adalah pada tahap maksima. Campurtangan dari kerajaan dalam pembelajaran anak-anak menyebabkan ibubapa tidak berkuasa langsung. Kerajaan mencampuri urusan keluarga dalam setiap detail dan dalam setiap aspek kehidupan rakyatnya. Semua kekuasaan dan autoriti adalah pada pusat - kerajaan.

Kejahatan-kejahatan dari Russia, seperti yang diprofesikan oleh Maria di Fatima, telah pun dan masih sedang disebarkan diseluruh dunia. Pada masa ini pun, sistem perundangan kita banyak dipengaruhi, terutamanya di negara-negara barat, dengan undang-undang dan ideologi dari Soviet Union. Seperti keluarga di Soviet, kita juga sedia maklum, keluarga-keluarga di negara barat sedang menuju kearah kehancuran.

Adakah kita menginginkan semua ini berlaku di negara kita? atau negara-negara jiran kita? atau negara-negara lain? Orang Sabah apabila membuat ekspresi takut akan menyebut...eh paaalis...Keputusan terletak pada tangan setiap orang...Janganlah membuang masa lagi, ikutilah Jihad 12-Juta Rosari yang akan tamat pada 25 Mac, 2010 ini.

Wednesday, February 3, 2010

Russia, the Instrument of Chastisement...

"Many times the Most Holy Virgin told my cousins Francisco and Jacinta, as well as myself, that many nations will disappear from the face of the earth. She said that Russia will be the instrument of chastisement chosen by Heaven to punish the whole world if we do not beforehand obtain the conversion of that poor nation." - Sr. Lucy of Fatima

"You have seen hell where the souls of poor sinners go. To save them God wishes to establish in the whole world Devotion to my Immaculate Heart. If what I say to you is done, many souls will be saved and there will be peace... - Sr. Lucy of Fatima, Bl. Jacinta & Bl. Francisco

"Kerapkali Perawan Maria memberitahu dua orang sepupu saya, iaitu Francisco dan Jacinta, termasuk diri saya sendiri, bahawa banyak negara akan lenyap dari mukabumi ini. Negara Russia telah dipilih oleh Syurga sebagai instrumen untuk menghukum seluruh dunia jika Gereja Katolik tidak membuat konsekrasi yang akan menakluki negara itu ke agama Katolik." - Sr. Lusia dari Fatima

"Kamu telah pun melihat neraka, tempat dimana roh-roh pendosa dibuang. Untuk mengelakkan lebih banyak roh masuk ke neraka, Tuhan menginginkan 'Devosi kepada Hati Suci Maria' disebarkan ke seluruh dunia. Jika permintaan saya dipenuhi, banyak roh akan selamat dan dunia akan aman... - Sr. Lusia, Bl. Jacinta & Bl. Francisco

Jika Russia telah dikonsekrasikan (terakhir pada tahun 2000), mengapa malapetaka demi malapetaka yang melibatkan kehilangan berjuta-juta nyawa masih berlaku sehingga hari ini...yang terbaru adalah gempabumi 7.0 magnitud yang berlaku di Haiti. Jawapannya adalah kerana = Konsekrasi Russia belum dilaksanakan.

Sunday, January 31, 2010

Konsekrasi Negara Russia...

Semasa Hari Paska tahun 2009, Superior General Persatuan Santo Pius X atau SSPX, Biskop Bernard Fellay, telah mengumumkan satu Jihad atau Crusade, dinamakan '12 Million Rosary Crusade' (bermula Mei 1, 2009 - Mar 25, 2010), meminta Bapa Kudus, Paus Benedict XVI, memenuhi permintaan Bonda Maria (Semasa Penampakkan Fatima 1917) iaitu membuat konsekrasi Russia kepada Hati Suci Bonda Maria (Immaculate Heart) dan konsekrasi ini mestilah dibuat serentak dengan semua biskop gereja Katolik diseluruh dunia. Saya mengulangi dengan jelas lagi - Bonda meletakkan dua syarat, iaitu:

1. Konsekrasi Russia kepada Hati Suci Bonda Maria (Immaculate Heart of Mary), diketuai oleh Paus Gereja Katolik

2. Konsekrasi ini mestilah dilakukan bersama-sama dengan semua biskop Katolik diseluruh dunia (maksudnya semua paroki dibawah jurisdiksi semua biskop diseluruh dunia) dilakukan serentak (satu masa ditetapkan tidak kira ada perbezaan siang dan malam diantara negara-negara di Utara, Selatan, Timur ataupun Barat).

Walaupun Vatikan-II telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa konsekrasi Russia telah dilaksanakan, tetapi jelasnya semua konsekrasi tersebut tidak memenuhi syarat-syarat diatas kerana tidak ada penyertaan dari biskop diseluruh dunia dan negara Russia tidak disebut.

Konsekrasi ini amat penting kerana ianya akan menyelamatkan banyak jiwa dan memastikan keamanan didunia; satu kenyataan yang sukar dipercayai oleh kebanyakkan umat Katolik. Tetapi adakah permintaan Bonda Maria, bonda Tuhan, patut diendahkan, atau dilengah-lengahkan? Ramai umat Katolik sehingga hari ini pun tidak mengetahui akan kisah di Fatima 1917 dan merasa sangsi akan permintaan dari Bonda Maria ini...Pada akhir zaman ini, bonda Maria, bonda Yesus Tuhan kita, amat mengetahui akan kesusahan yang sedang dan akan menimpa umat manusia. Jelas sekali, dia adalah seorang ibu yang sangat prihatin dan ingin membantu anak-anaknya (kita telah pun diambil olehnya sebagai anak-anaknya - Yohannes 19:26).

Bonda Maria mengatakan jika permintaannya tidak dilaksanakan, banyak negara akan musnah (bak padang jarak padang tekukur), banyak jiwa akan hilang sehinggakan manusia yang selamat semasa 'hukuman' (chastisement) akan merasa iri hati dengan manusia yang sudah mati...(renungkan maksud bonda disini, bayangkan betapa dasyhatnya keadaan pada masa akan datang). Dengan amaran sebegini, bukankah kita sepatutnya merasa takut, bertaubat dan dengan segera melaksanakan permintaan bonda Maria? Tidak ada alasan untuk melengah-lengahkan...sesuatu perkara yang boleh dan senang dilakukan tetapi dikomplikasikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Vatikan-II.

Perkara tentang 'Konsekrasi Russia' ini dipandang remeh oleh para religius Novus Ordo dan paus-paus dalam era Vatikan-II 'tidak berani' memenuhi permintaan Bonda Maria ini kerana isu sensitif yang berkaitan dengan penyebutan negara Russia. Begitu juga misi gereja yang diberikan oleh Yesus kepada kita - Markus 16: 15-16 - "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, tetapi siapa yang tidak percaya akan dihukum." - telah digantikan dengan misi duniawi. Pengkhutbaan ajaran Katolik kepada umat lain tidak lagi penting; ekumenisi adalah agenda yang dilaung-laungkan iaitu sikap berbaik dan bersaudara diantara satu sama lain dan bukan penerangan tentang penyelamatan jiwa melalui Penyaliban Yesus Kristus. Perkara yang sangat serius lagi adalah menyamakan taraf 'Tritunggal Kudus' dengan Tuhan palsu. Maka tidak hairanlah bonda Maria begitu sedih sekali; terlalu ramai umat Katolik yang hanya tinggal nama sebagai penganut Katolik sahaja tetapi tidak pun mengetahui ajaran asas gereja Katolik. Apa sudah jadi dengan peranan RCIA; adakah ajarannya masih Katolik? Adakah ibubapa Katolik masih Katolik?

Yesus mengatakan kepada Sister Lucia pada tahun 1936, 'Konsekrasi Russia akhirnya akan dilaksanakan tetapi ianya sudah terlalu lambat' (maksudnya semasa konsekrasi dibuat terlalu banyak jiwa yang sudah hilang). Adakah anda sebagai seorang Katolik melaksanakan tanggungjawab anda? Atau anda juga adalah seperti kebanyakkan Katolik yang hanya ingin 'tunggu dan lihat'...membiarkan masa berdetik lalu dan menyesalinya dikemudian hari...

Penerangan dalam Bahasa Inggeris:
12-Million Rosary Crusade
Why We Must Get Russia Consecrated

Friday, October 9, 2009

Artikel Seorang Modenis dari Sabah?

Seorang teman memberikan saya keratan akhbar ‘Catholic Sabah’ yang bertarikh Nov 2004 ini. Sila klik (+) untuk memperbesarkannya agar mudah dibaca. Sebenarnya keratan akhbar ini telah lama ada dalam simpanan saya. Teman yang memberikan keratan akhbar ini sedang mengumpul suratkhabar lamanya (untuk tujuan dibuang atau dijual) apabila terbaca akan artikel yang dianggapnya amat mengejutkan. Saya juga sudah lama berniat untuk memposkannya ke dalam blog tetapi…entah…mungkin belum bersedia atau kurang pasti bagaimana menggomen kandungan artikel itu. Yang pastinya, saya seperti juga teman saya yang menemui artikel itu, merasa teramat sedihnya dengan hasil pena penulis ‘Do you know…’ itu. Artikel itu mencerminkan minda seorang ‘modenis yang tulin’! Seorang anak murid Chardin dan Tyrrell.


Semasa membaca artikel itu, perasaan saya amat berkecamuk – marah, sedih, hairan, simpati…sehinggalah saya mengatakan pada diri sendiri, ‘Krisis dalam gereja Roman Katolik benar-benar adalah satu kenyataan kerana syaitan dengan legionisnya telah menyelinap ke hampir seluruh gereja didunia termasuk gereja-gereja di Sabah!’ Umat perlu mengetahui hal ini!


Saya masih berfikir perlukah saya menterjemahkan artikel itu ke dalam Bahasa Malaysia? Keadaannya adalah seperti saya (tanpa kerelaan) dipaksa untuk melihat sesuatu yang teramat hodoh…tetapi umat perlu tahu akan artikel ini dan saya tidak boleh mengambil jalan senang dengan tidak mengambil tahu langsung! Saya rasa memadailah jika saya membuat satu ringkasan yang mudah difahami atau kesimpulan dari artikel ‘Do you know…’ ini.


Penulis membezakan rekabentuk dua buah gereja/katedral, iaitu katedral lama, St. Michael (sebelum perang dunia-II) dan katedral baru iaitu Sacred Heart. Penulis menerangkan tentang signifikasi rekabentuk katedral baru. Dia menggambarkan suasana yang 'gelap dan muram' untuk gereja St. Michael dan suasana yang 'terang dan ceria' untuk katedral baru. Perbezaan cara misa dirayakan, cara umat berdoa, respon dan sikap umat sebelum dan selepas Vatikan-II (sebelum dan selepas tahun 1969) dijadikannya sebagai ukuran untuk 'membanggakan' katedral baru yang terletak di diosis Kota Kinabalu ini.


Jelas sekali, si penulis lebih menyukai zaman kristian pada masa ini kerana menurutnya zaman sekarang ini adalah zaman dimana kita boleh ‘menyisihkan’ kesengsaraan Yesus , penekanan adalah kepada Yesus yang sudah bangkit (selalu bergembira, berceria, lebih relaks), tidak perlu terlalu serius memikirkan tentang kewujudan neraka, pertaubatan dan penebusan dosa… sikap gementar kerana berbuat dosa tidak lagi perlu dirisaukan, (yang amat dashyatnya lagi) penulis meluahkan ‘kegembiraannya’ apabila Tabernakel tidak lagi diletakkan didalam gereja utama (dalam kata lain, fokus kepada Tuhan Yesus tidak lagi penting) kerana lukisan di dinding atau gambar mozek (kreativiti yang menelan belanja besar) adalah jauh lebih penting!!!…Bilik taubat (Confession room) diubah suaikan agar lebih berfungsi sebagai bilik kaunselling…


Saya mohon kepada para pembaca, fikirkanlah, adakah semua ini cuma ada dalam fikiran saya, rekaan saya semata?…jika ya, lupakanlah semua yang diungkitkan tadi tetapi jika pembaca setuju dengan pandangan saya, mulakanlah mengambil langkah menyelamatkan roh anda – mulakan dengan berdoa Rosario setiap hari..mintalah bantuan dari ROH KUDUS agar mendapat petunjuk kepada ajaran benar gereja Katolik dan dijauhkan dari ajaran palsu yang sedang berleluasa diseluruh gereja Roman Katolik sekarang ini.

Tuesday, August 18, 2009

Apakah tu GIRM?

Apakah itu GIRM? Ianya adalah 'General Instruction in the Roman Missal' atau 'Arahan umum dalam Misa Roman'. Baru-baru ini, pada 9 Ogos 2009, suratkhabar Daily Express telah mengeluarkan berita bahawa konferensi uskup MSB (Malaysia-Singapura-Brunei) yang telah diadakan di Bundu Tuhan telah meluluskan 400 arahan yang telah diadaptasikan dengan keperluan umat tempatan dan semua diosis diminta melaksanakan adaptasi tersebut sebelum tarikh Nov 29, 2009.

Encik Neil Mah, sekretari kepada Komisi Liturgi archdiosis KK, mengatakan bahawa GIRM ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Menurutnya, edisi pertama GIRM adalah tahun 1969, dan yang terbaru merupakan edisi ketiga, iaitu tahun 2002. Apa yang menghairankan disini ialah, mengapakah kenyataan yang dibuat oleh Encik Mah seolah-olah berbau 'kenyataan yang tiada pendirian'...dia mengatakan GIRM terbaru bukanlah sesuatu yang baru, hanya mengukuhkan lagi arahan-arahan GIRM 1969 agar ianya menjadi perkara biasa (norm), lalu menyentuh tentang perubahan yang berlaku semasa edisi kedua. Semasa GIRM edisi pertama, umat dikehendaki duduk semasa persembahan (offertary), semasa edisi kedua umat dikehendaki berdiri dan sekarang dalam edisi ketiga umat diminta kembali duduk semasa persembahan...

Kenyataan Encik Mah ini juga menunjukkan krisis dalam gereja Roman Katolik menjadi semakin serius. Menurut En. Mah, GIRM yang dilaksanakan di setiap diosis gereja RC adalah tidak sama kerana konferensi uskup (mengikut jurisdiksi) perlu melakukan adaptasi mengikut keperluan umat tempatan. Ini bermaksud GIRM di Kota Kinabalu tidak sama dengan GIRM gereja RC di Indonesia, Jepun, Korea atau Filipina. Ini juga bermaksud apabila seorang umat Roman Katolik dari Kota Kinabalu menghadiri misa di Jepun, dia terpaksa mengikut misa GIRM adaptasi umat Jepun.

Empat tanda gereja benar adalah SATU, KUDUS, KATOLIK dan APOSTOLIK (One, Holy, Catholic and Apostolic). Ini bermaksud Gereja Roman Katolik perlu ada kesatuan, sentiasa universal atau sama diseluruh dunia. Misa RC di Kota Kinabalu mesti sama dengan misa RC di Amerika Syarikat. Misa RC perlu sama walau dimana jua gereja seorang Katolik hadiri (pengecualian diberi kepada gereja Ortodoks). Adaptasi ini akan memusnahkan tanda-tanda gereja benar. Hanya gereja Roman Katolik sahaja, gereja yang diasaskan oleh Tuhan Yesus Kristus, mempunyai empat tanda gereja benar ini. Dengan pelaksanaan GIRM ini, bagaimanakah keadaan gereja nanti? Akibatnya...akan sentiasa ada perubahan...perkataan adaptasi berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'adapt' yang membawa maksud 'menyesuaikan'. Jika kita renungkan perkataan 'menyesuaikan' ini, ia bermaksud 'membuat perubahan agar penyesuaian dapat dilaksanakan'. Para modenis yang memperkenalkan GIRM ini sedar akan perubahan besar yang bakal berlaku...inilah yang dinanti-nantikan oleh mereka. Suatu misa ciptaan manusia dan bukannya ciptaan Tuhan.

Fikirkanlah...bukankah ini juga lebih kurang sama maksudnya dengan umat 'mengikut arus' (follow the flow); satu teologi baru telah diperkenalkan dalam liturgi. Bukankah Yesus sudah mengatakan Ia akan sentiasa sama; dalam Ibrani 13:8: 'Yesus Kristus tetap sama, baik kelmarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya.' Alasan perlunya GIRM dilaksanakan, adalah agar umat lebih memahami dan mudah menyertai misa. Perlukah adanya perubahan yang mengikut keperluan manusia...bukankah keperluan Tuhan yang patut diutamakan? Bagaimana dengan buahnya nanti jika keutamaan manusia sering ditekankan...manusia menjadi semakin sombong dan perasaan gementar terhadap Tuhan semakin pudar...GIRM hanya menunggu masa kegagalan...

Friday, August 7, 2009

Mengapa saya memilih Misa Tradisional Latin?

Apabila saya cuba mempromosikan Misa Tradisional Latin kepada bapa saya, dia menjawab, “tidak kira apa jenis misa (antara misa Novus Ordo atau Misa Latin) seseorang hadiri, ianya tidak penting…yang penting adalah hati seseorang. Lagipun siapa lagi yang boleh memahami bahasa Latin…”. Kalau dahulu saya tidak akan bersetuju dengan pendapat bapa saya ini, tetapi sebagai orang tua yang lebih berpengalaman, seorang yang terlebih dahulu makan garam, saya akur kata-katanya itu ada juga kebenarannya, jika dilihat secara fikiran terbuka.


Saya mungkin tidak akan berfikiran sedemikian jika bukan kerana teman seiman yang beberapa bulan lalu telah membuat skandal. Apalah gunanya menjadi ‘tin kosong’, yang hanya kuat bunyinya apabila diketuk tetapi didalamnya kosong belaka. Apalah gunanya pengetahuan dogma dan doktrin yang setinggi gunung Everest jika tiada kemurahan hati (Charity)…kesedaran tentang krisis dalam gereja perlu diikuti dengan sikap tanggungjawab terhadap umat. Tetapi nampaknya, umat yang menghadiri misa Latin tidak juga kebal dari godaan syaitan…begitu juga paderi tradisional bukan semuanya kudus dan oh ya, mengenai bahasa Latin, saya juga tidak berapa memahaminya. Selain boleh berdoa ‘Bapa Kami’, ‘Salam Maria’, ‘Gloria..’ dan beberapa doa lain dalam bahasa Latin, selebihnya saya masih berpandukan buku misa yang ada terjemahannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.


Jadi, mengapakah saya masih memilih menghadiri Misa Tradisional Latin atau Misa Tridentin ini? Setelah saya renungkan perkara ini, saya memutuskan ada beberapa sebab mengapa ‘Misa Latin’ tetap menjadi misa pilihan saya.


  1. Ianya adalah misa Santo-santa. Santo-santa yang terkenal (semuanya santo-santa sebelum 1960-an) hanya tahu satu jenis misa sahaja – Misa Tradisional Latin/ Misa Tridentin. Mereka tidak pernah membuat aduan akan masalah bahasa Latin. Segala berkat dan grasia yang mereka terima adalah melalui misa ini. Dalam erti kata lain, mereka menjadi santo-santa kerana misa ini.
  2. Mukjizat Ekaristi (http://www.therealpresence.org/eucharst/mir/engl_mir.htm) boleh dibaca dihalaman web ini, berlaku banyak sekali sebelum zaman Vatikan-II. Dalam era Vatikan-II, jumlah mukjizat Ekaristi ini boleh dikira dengan jari satu tangan sahaja. Pada pendapat saya, perbezaan jumlah mukjizat yang ketara sebelum dan selepas Vatikan-II menunjukkan iman Katolik pada zaman dahulu adalah sangat teguh. Tuhan memberikan ‘hadiah’ mukjizat ini kerana umat kuat berdoa, terutamanya doa Rosario (doa untuk memenangi sebanyak jiwa yang boleh) dan melalui mukjizat ini, penganut gereja Katolik semakin bertambah. Bandingkan keadaan gereja sekarang? Ekumenisma Vatikan-II langsung tidak mengalakkan penganut murtad atau umat dari agama lain menganut agama Katolik…yakni penyebaran agama tidak lagi menjadi agenda utama gereja sekarang (gereja tidak lagi Apostolik).
  3. Misa ini juga tidak mudah di ‘tembusi’ (impenetrable) dengan ajaran sesat (heresy). Cara-cara penyembahan kumpulan karismatik dan kumpulan Neo-Cathecumenate (asal-usul dari ajaran sesat-protestan) tidak akan dapat disesuaikan (not compatible) dengan cara misa Latin. Misa ini adalah sangat serius (solemn); ianya memusatkan kepada Tuhan (God centered) dibandingkan dengan Misa Novus Ordo yang mana ianya memusatkan kepada manusia (man-centered). Semasa perayaan misa Latin, paderi menghadap ‘Tabernakel’, membelakangi umat; sebaliknya dalam misa Novus Ordo, paderi menghadap umat dan membelakangi ‘Tabernakel’. Disebabkan ciri ini jugalah, misa Latin sentiasa mendapat tentangan hebat dari musuh gereja. Musuh gereja cuba melarang atau memburuk-burukkan misa ini walaupun mereka tahu dengan jelas tidak ada arahan dari paus dahulu dan sekarang yang melarang misa ini dirayakan. Sebaliknya Santo Paus Pius V mengkodifikasikan misa ini dalam 'Papal Bull' pada tahun 1570 agar umat tidak risau tentang kesahihan misa ini. Semenjak ajaran Vatikan-II menular ke hampir kesemua gereja-gereja Katolik di Sabah, banyak Tabernakel telah dipindahkan ke dalam kapel adorasi (adoration chapel), selalunya lokasi bangunan ini bersebelahan dengan gereja. Kita biasanya mengatakan gereja adalah ‘Rumah Tuhan’, yakni tempat kediaman Tuhan. Tetapi apakah yang sudah terjadi sekarang? ‘Rumah Tuhan’ telah menjadi semakin kecil…gereja sekarang lebih berfungsi sebagai dewan.
  4. Jika kita mempersembahkan sesuatu kepada Tuhan (dalam misa), Tuhan dapat melihat keadaan sebenar (niat paderi dan umat), adakah ianya persembahan yang terbaik atau hanya ala sekadar? Tidak dinafikan, keadaan dan suasana sekeliling dalam gereja boleh mempengaruhi fikiran umat yang hadir dalam misa. Dalam Kejadian 4:3-5, ‘Setelah beberapa waktu lamanya, maka Kain mempersembahkan sebahagian dari hasil tanah itu kepada Tuhan sebagai korban persembahan; Habel juga mempersembahkan korban persembahan dari anak sulung kambing dombanya, yakni lemak-lemaknya; maka Tuhan mengindahkan Habel dan korban persembahannya itu, tetapi Kain dan korban persembahannya tidak diindahkan-Nya. Lalu hati Kain menjadi sangat panas dan mukanya sangat muram.’ Tolong jelaskan kepada saya bagaimana gereja boleh memberikan persembahan terbaik jika suasana dalam gereja tidak mencerminkan ‘kekudusan niat’ umat-umat. Cara berpakaian yang tidak sopan dan sikap umat yang datang cuma untuk memenuhi tanggungjawab hujung minggu, tidak kurang juga yang datang untuk bertemu kawan…dan bagaimana dengan khutbah paderi-paderi, adakah mereka menyebar iman Katolik sebenar? Renungkan dari pengalaman saudara-saudari sendiri…
  5. Terlalu banyak perubahan yang telah berlaku dalam gereja dan perubahan ini nampaknya belum ada tanda-tanda ianya akan berhenti …dan yang terbaru saya dengar adalah tentang GIRM (General Instruction of the Roman Missal) mengariskan 399 perubahan dalam liturgi. (Perkara ini saya dengar dari seorang kawan, entah betul kah tidak… ). Mengapa kah perlu mengubah liturgi yang pada asalnya sudah pun sempurna??? Bagaikan manusia buta yang hilang penglihatan, lalu meraba-raba mencari haluan, nampaknya begitu juga keadaan gereja Katolik pada masa ini…

Saya ingin menekankan disini bahawa walaupun gereja sedang melalui krisis, saya pasti ada umat Novus Ordo yang benar-benar kudus dan ada juga uskup, paderi dan para religius Novus Ordo yang juga kudus…mereka benar-benar dengan ikhlas menyahut panggilan Tuhan dan bekerja keras membimbing umat ke jalan yang benar. Cuma dalam hal ini mereka mungkin kurang didedahkan kepada isu-isu krisis dalam gereja (atau mungkin juga langsung tidak mendapat maklumat). Saya amat menghormati mereka dan saya pasti Tuhan akan menjaga mereka. Saya juga ingin menyatakan disini, walaupun umat yang menghadiri misa Latin tahu selok-belok krisis gereja tetapi tidak menunjukkan sifat-sifat kekudusan, tidak menunjukkan sikap murah hati, dan cuma mementingkan diri sendiri, hukuman yang menanti adalah jauh lebih berat kerana mereka telah diberi ‘telinga untuk memahami’. Saya doakan agar Tuhan membuka lebih ramai hati umat Katolik di Sabah menghadiri Misa Tradisional Latin.

Thursday, July 16, 2009

Bicara dari hati…

Dalam zaman sekarang dimana moral umat-umat Katolik semakin runtuh, saya melihat bagaimana (begitu jelas sekali) buta, bisu dan lengahnya mereka yang sepatutnya memainkan peranan memperingati/ menyedarkan umat Katolik akan betapa pentingnya menjauhkan diri dari hal-hal yang akan melemahkan dan seterusnya membinasakan iman Katolik mereka. Seorang Katolik sekarang menghadapi godaan syaitan dari setiap sudut hidupnya bermula dari keluarga sehinggalah pada hal yang dianggap remeh-temeh (misalnya, keperluan bersuara dan berpendirian tegas apabila melihat/ mengetahui sesuatu yang salah). Umat sekarang boleh dikatakan sudah hilang asas pendidikan Katolik sebenar. Dari asas pendidikan yang lemah ini, iman juga menjadi lemah. Mengapakan ini boleh berlaku? Dari mana, sejak bila dan bagaimana ia bermula?


Ramai umat Katolik tidak mengetahuinya, tidak mempercayainya dan ramai juga yang membantah kebenarannya tetapi realiti tetap realiti - satu ‘Revolusi Liturgi’ telah berlaku semasa Konsili Vatikan-II…sekitar tahun 1969, misa Latin digantikan dengan misa Novus Ordo (New Order) atau misa baru dan bermula dari revolusi ini, ianya diikuti pula dengan perubahan-perubahan lain yang banyak merubah dan menghasilkan keadaan iman Katolik pada hari ini…dan kebanyakan umat lebih rela mengikuti arus dari melawannya (follow the flow) dan terlalu ramai yang masih ‘tidur lena’ dan sedikit pun tidak mengambil peduli akan setiap perubahan-perubahan yang berlaku dalam gereja. Bagi mereka ini adalah zaman moden dan manusia mesti berubah, manusia juga perlu menjadi manusia moden. Tetapi Ibrani 13:8 menyatakan ‘Tuhan Yesus Kristus tetap sama, baik kelmarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya’.


Dalam pengalaman hidup saya sebagai seorang Katolik, saya tidak pernah terfikir saya akan menjadi seorang yang dianggap ‘ganjil’ atau ‘lain dari yang lain’. Kalau dahulu saya berfikiran sebagai seorang umat Katolik Novus Ordo atau umat yang setia pada ajaran Vatikan-II, tetapi pada hari ini saya dipandang sebagai seorang Katolik yang sudah jauh terjerumus dengan ajaran sesat…dan saya berhadapan dengan bukan satu atau dua cemuhan dari umat Novus Ordo tetapi jauh lebih dasyhat lagi…..dari uskup-uskup, paderi-paderi , para religius dari pangkat atasan dan juga dari ahli keluarga saya sendiri…Para pembaca mungkin hairan dan bertanya, kenapa pula?


Saya telah menghadiri misa Tridentin atau Misa Tradisional Latin di Kapel Ratu Rosari Kudus (Queen of the Holy Rosary Chapel) di Donggongon, Penampang selama sudah lebih kurang dua tahun. Paderi Tradisional yang merayakan misa Tridentin adalah dari oder Persatuan Santo Pius X (Society of Saint Pius X) dan misa ini selalunya dijadualkan pada minggu ke-empat setiap bulan. Paderi akan berada di KK selama lebih kurang empat hari dan misa dirayakan pada setiap hari selama empat hari itu. Dalam sepanjang tempoh saya menghadiri misa Tridentin, saya mempelajari bagaimana mengenakan pakaian sopan apabila hadir dalam misa dan juga semasa dikhalayak masyarakat. Selain itu saya belajar mengenakan veil semasa misa. Wanita yang mengenakan veil semasa misa adalah wanita yang mengikut peraturan Tuhan. Lihat dan renungkan 1 Kor 11:3-5. Penggunaan veil oleh kaum wanita semasa misa bertujuan untuk wanita merendahkan diri apabila berada didepan Tuhan sama seperti Bonda Maria yang tidak pernah lekang dari memakai veil. Dalam misa ini, umat menerima ‘Tubuh Yesus’ terus pada lidah dan dalam keadaan melutut. Semua roti yang telah dikonsekrasikan oleh paderi adalah Tubuh Yesus dan jika satu cebisan jatuh ke lantai, cebisan itu adalah juga 'Tubuh Yesus'. Maka sebab itulah segala perhatian diberikan semasa roti diedarkan kepada para komuni. Seorang ‘Raja’, yakni Raja segala Raja sedang berada didepan umat, maka semestinya umat mesti mempunyai perasaan ‘gementar’ dan berhati-hati apabila berhadapan dengan-Nya…Keadaan dan suasana yang sedemikian tidak ada lagi di gereja Novus Ordo. Benarkah umat dalam gereja ini masih mempercayai akan kehadiran Yesus pada roti? Jika ya, mengapakah perbuatan mereka tidak mencerminkan kepercayaan mereka? Lex Orandis Lex Credentis...cara umat berdoa dalam gereja menunjukkan kepercayaan mereka.


Misa adalah dalam bahasa Latin kecuali semasa khutbah atau homili paderi. Walaupun, misa adalah dalam bahasa Latin tetapi umat tetap dapat mengikuti atau dapat memahaminya kerana dalam buku misa Latin, ianya mempunyai terjemahan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Misa Tridentin adalah misa Santo-Santa, misa untuk sepanjang masa. Berbanding dengan misa Novus Ordo, misa Latin hanya melalui sedikit perubahan sahaja sejak zaman duabelas rasul Yesus (perubahan organik – tidak melibatkan perubahan drastik) dan ianya sangat minimal kerana umat-umat dahulu sangat prihatin dengan setiap perubahan yang dilakukan dalam gereja.


Saya tanyakan pada diri ini? Adakah semua pengorbanan saya ini berbaloi? Pengorbanan demi untuk mempertahankan iman Katolik yang sebenar…iaitu mengikuti ajaran sebelum Vatikan-II. Saya inginkan penyelamatan roh saya, juga roh-roh ahli keluarga saya. Tetapi hari ini saya melihat gereja tidak melakukan kerja yang sepatutnya. Doktrin baru diperkenalkan, Dokma gereja ‘dipijak-pijakkan’…Renungkan Gal 1:8 – tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari syurga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia.


Apakah iman Katolik yang sebenar? Adakah cukup dengan hanya menghadirkan diri dalam misa baru setiap minggu?…Apakah begitu mudah untuk memasuki Syurga? Apakah Yesus begitu senang melalui segala penderitaan semasa disalibkan agar manusia memperolehi peluang untuk masuk syurga? Bagaimana dengan Santo-santa? Adakah ianya begitu mudah bagi mereka, mempertahankan iman Katolik? Santo-santa telah melalui banyak penderitaan, sehingga sanggup berkorban dengan memberikan nyawa mereka hanya kerana enggan bertolak-ansur/ tunduk pada permintaan musuh, iaitu murtad pada gereja Katolik. Saya menggunakan contoh ini untuk mengingati umat Katolik bahawa dunia ini adalah pentas pertarungan kepada kita semua. Dalam Efesus 6:12…perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat diudara.


Syaitan sangat bijak. Ia tahu kelemahan manusia, sentiasa mencari jalan bagaimana menjatuhkan anak-anak Adam-Hawa. Sebenarnya keadaan dahulu dan sekarang masih tidak berubah. Bezanya cuma, zaman sekarang adalah zaman moden, zaman serba-serbi dimana kebanyakan ibubapa bekerja dan anak-anak lebih dimanjakan. Melihatkan pada kesenangan dan ketidak prihatinan manusia yang begitu leka dan sombong dengan pencapaian mereka dalam dunia teknologi, syaitan telah terlebih dahulu mengatur strategi, agar memperolehi hasil tuai yang banyak sekali, agar neraka lebih ‘meriah’. Syaitan tahu dia akan mendapat roh paling banyak dengan menjatuhkan orang atasan dalam gereja dahulu. Umat lebih banyak hanya menurut sahaja apa yang diajarkan oleh para religius. Bayangkan akibatnya apabila para religius mengkhutbahkan ajaran salah dan umat hanya menurut sahaja...


Bonda Maria Fatima, doakanlah kami!

Wednesday, June 24, 2009

Adakah konsekrasi RUSSIA telah dibuat?

Dalam masa 70 tahun yang lepas, tiga Paus, dalam percubaan mereka untuk memenuhi permintaan Bonda Maria di Fatima, telah membuat konsekrasi DUNIA (dimana didalamnya adalah termasuk negara Russia). Bonda Maria di Fatima pada tahun 1917, meminta: 'Konsekrasi negara RUSSIA dibuat oleh Paus dan disertai dengan uskup-uskup diseluruh dunia dan konsekrasi itu mestilah dibuat pada masa yang sama (serentak) diseluruh dunia'. Tetapi setakat ini, konsekrasi yang telah dibuat oleh tiga orang Paus adalah konsekrasi DUNIA dan bukannya RUSSIA. Adakah ini dikira sebagai sudah memenuhi permintaan Bonda Maria? Vatikan mengatakan 'Sudah Dipenuhi', ramai umat pula mempunyai rasa kurang keyakinan dan jawapan mereka silih berganti antara 'ya' dan 'tidak'. Tetapi jawapan yang paling kukuh datangnya dari mendiang Sr. Lusia, salah satu dari tiga budak di Fatima semasa penampakkan Maria pada tahun 1917. Sr. Lusia mengatakan permintaan Bonda Maria BELUM ditunaikan lagi.

Konsekrasi DUNIA dibuat oleh:
i. Paus Pius XII pada tahun 1942 dan 1954
ii. Paus Paulus VI pada tahun 1964
iii. Paus Yohannes Paulus II pada tahun 1984 dan 2000

Konsekrasi DUNIA tidak memenuhi permintaan Maria kerana Dia mengatakan, 'semasa konsekrasi, nama negara RUSSIA perlu disebut..'. Pada tahun 1936, Sr. Lusia, menanyakan Tuhan Yesus mengapa Ia tidak dapat memenangi [convert] Russia tanpa Paus perlu menyebut nama negara Russia; Yesus menjawab,

"Saya inginkan seluruh Gereja Katolik mengiktirafkan konsekrasi ini sebagai satu kemenangan Hati Suci Maria, dan ianya akan di venerasikan pada kemudian hari, dan devosi Hati Suci Maria akan diletakkan bersebelahan dengan Hati Kudus Saya"

Dua tahun selepas konsekrasi Dunia dilakukan pada tahun 1984, Paus Yohannes Paulus II membuat doa tambahan pada skrip konsekrasi itu - ' Terangilah minda terutamanya kepada mereka yang masih menunggu konsekrasi yang dipinta oleh Tuhan dari kami' [Mengapa Paus menambahkan doa ini jika mereka (Vatikan) yakin konsekrasi 1984 telah memenuhi permintaan Bonda Maria?] . Mengapa Paus Yohannes Paulus merasakan ia masih perlu membuat satu lagi konsekrasi pada tahun 2000, sedangkan sejak tahun 1989 vatikan dengan berulangkali menyatakan konsekrasi 1984 telah memenuhi permintaan Fatima. Mengapa Sister Lusia ditemuduga sehingga beberapa kali [mengenai permintaan Maria di Fatima] dan mengapakah Paus Yohannes Paulus asyik menanyakan kontek-kontek rapatnya kalau dia sudah memenuhi permintaan Bonda Maria? Jelas sekali, Vatikan sendiri tidak yakin mereka sudah memenuhi konsekrasi Russia. Mereka cuba membuat sebaik dan sebanyak yang boleh tanpa menyebut nama Russia - satu garisan yang mereka belum bersedia untuk menyeberanginya.