LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Ada ke yang nak tolong ni? Hurrrmmm...

Thursday, April 7, 2011

Hi Salam semua.. Sejak2 dikritik oleh Yaya^Pink untuk segmen Kalau Aku (ni semua sebab Abang Ben la nie - hehe jangan marah abang ben), mummy fara ngah fikir panjang, macam mana nak renovate rumah blog mummy fara ni. 
Memang betul cakap Yaya, blog mummy fara ni terlalu serabut sangat2.. Mummy fara ada fikir untuk renovate, tapi tu la mummy fara perlukan pertolongan korung semua untuk fikirkan tagline, header baru untuk mummy fara. Dulu masa mula2 berblogging, mummy fara excited sangat sampai tersalah pilih template. Nak ubah apa2 pun dah tak boleh. Sebab tu sampai sekarang asyik guna template tu jew. Mana taknya, mummy fara ni bukan reti sangat nak buat header baru atau tempalte baru ni.. Huhuhu..

Siapa antara blogger2 yang baik hati untuk menolong mummy fara, sila angkat kaki tangan.Okay, mummy fara nak ucap terima kasih banyak2 pada sesiapa yang sudi nanti ek.. Thanks sekali lagi pada Yaya sebab comment2 yang bernas itew..


JIKA WANITA UMPAMA IKAN?

Thursday, March 31, 2011

Entry khas buat lelaki.. Hehehe..
Jika wanita diumpamakan ikan, kategori apakah yang menjadi favorite anda? 

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan..
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport..
Sesuai.. Ada nilai dan ada kualiti..
INI WANITA BEKERJAYA..

IKAN AROWANA
Kalau yang ini, jika di aquarium memperlihatkan keosmbongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata... Nakal melihatnya dimanapun dia bergaya..
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya..
INI MODEL, CELEBRITY atau yang sewaktu dengannya..

IKAN MAS KOKI
Ini adalah jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya dan lenggang lenggoknya..
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi dan tidak boleh dimakan kerana tergolong dalam kategori ikan hiasan..
INI BINI ORANG.. 

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel dikaca aquarium..
Kalau sudah menempel, susah sangat nak lepaskannya.. dah macam gam plak..
INI KATEGORI AWEK ALIM, ANAK USTAZ NI.. 

IKAN KELI
Kalau yang ini harganya murah, boleh dimakan dimana sahaja...
Banyak dijual ditepi jalan, harus berhati-hati..
INI AWEK TEPI JALAN..

 IKAN BILIS
Bentuknya dan rasanya gitu-gituuu.. sahaja..
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain..
INI BINI SENDIRI..

Macam mana plak ngan ikan sepat ek? Errmmmm!! Any suggestion?? 


Psstt.. Hanya untuk bergurau senda yer.. No heart feeling...

Pen dan Mati? Ada kaitan ke?

Tuesday, March 29, 2011

 Halloo.. bloger2 semua.. Mmm.. pelik tak ngan tajuk atas tu.. Pelik kan? Pen dan Mati? Apa kene mengena pen dengan mati? Kalau nak tahu jom kebawah..


Lost your pen = no pen
No pen = no notes
No notes = no study
No study = Fail
Fail = no diploma
No diploma = no work
no work = no money
no money = no food
no food = you get skinny
you get skinny = then you get ugly
Ugly = no love
no love = no marriage
no marriage = no children
no children = alone
alone = depression
depression = sickness
sickness = death

::::::
::::::
::::::
:::
:::
:::
::
::
::
:
:

Lesson: Don’t lose your pen, you will die.. 



Lets support "Prosperity Gives Back campaign"!!

Friday, February 11, 2011

Support us in helping to meet the needs of those who are less fortunate in the Prosperity Gives Back campaign. Together, let us bring about change and add some sunshine to someone else’s day in our local community. Remember that “in helping, we help ourselves.”


Jom tolong mereka yang memerlukan..


Sakit & Berita Sedih..

Thursday, February 10, 2011

Assalammualaikum semua.. Hari ni mummy fara tak keje sebab kena food poisoning, cirit birit tak ingat punyer.. Hahaha.. petang semalam dah start tak sedap perut.. Sebelum balik keje semalam dah start muntah2.. huhuhu..

Dalam bulan ni dah ada 2 kematian berlaku, last week ayah mertua adik lelaki mummy fara meninggal dan hari ni jugak mummy fara terima berita sedih dari cousin mengatakan our cousin yang satu lagi, ibu dia baru je meninggal dunia subuh tadi.. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un...

Anyway, mummy fara nak ucapkan salam takziah pada keluarga Didy Asnor, Ashraf, Dya Diyana, Ida & Fitri. Tabahkan hati dan bersabar dengan segala yang telah berlaku.. Sekarang Didy ada tanggung jawab yang besar, menjadi ibu dan ayah pada adik2..

Mummy fara will go to their kampung at Tarun near Broga may be late in the afternoon after my daughters habis sekolah..

SALAM TAKZIAH

Peluang Hanya Sekali - Jom Buat RM Dengan Hanya Log In FB!!!! Bermodalkan RM20 Seumur Hidup Sahaja...

Monday, February 7, 2011

Bukan jual produk, bukan cari pembeli…hanya online facebook..follow TEKNIK dberi sahaja…. Pendapatan harian..komisen 100% terus ke acc bank anda…
MAHU RM20 BERTUBI-TUBI MASUK KE AKAUN BANK ANDA ??
PROGRAM YANG TERPANTAS DAN PALING CEPAT DAPAT UNTUNG…!!
MUDAH & LUMAYAN SEKALI!!
Mahukah Anda Bekerja Secara Online Di Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
Modal RM20 SEUMUR HIDUP!!
jika berminat...
1) daftar percuma: http://www.rm20segera.com/?r=cutemum24
2) membuat pembayaran (perbankan internet atau mesin atm)... hanya RM20
3) sms butiran kepada penaja
4) tunggu akaun aktif.
5) setelah akaun aktif, boleh promosikan link anda dengan segera



cOmeL taK baBy niH beRkaCa Mata? taPi keNapa ye? jOm baCa..

Wednesday, January 26, 2011

Kalau sekali tengok memang comel sangat baby ni kan bila berkaca mata..Tapi sebenarnya baby ni bukan suka2 pakai kaca mata tapi sebenarnya dia mempunyai masalah kerabunan sehingga 700 pada mata sebelah kiri dan 500 pada mata sebelah kanan. Doktor kata tanda-tanda itu menunjukkan dia bakal menghidap penyakit glaucoma. Aduh.. kesiannyer, kecik2 lagi dah jadi macam ni.. Mummy fara harap, ibu dan bapa dia tabah dengan dugaan yang diberikan.. Jom kita baca tentang adik ni..
KEHADIRANNYA pasti jadi tumpuan mata sesiapa saja yang memandang. Walau di mana saja berada tanpa mengira bangsa, malah dia pernah diekori sepasang suami isteri berbangsa Cina hanya kerana mereka ingin mengetahui mengapa anaknya berkeadaan begitu.

Bagi mereka yang baru pertama kali melihat mungkin agak pelik kerana pada usia yang baru menjangkau dua tahun, anak comel itu, Aimy Sufia Zairol Azlan sudah memakai kaca mata.

Lebih mengejutkan apabila tahap kerabunan Aimy meningkat sehingga 700 pada mata sebelah kiri manakala kanan sehingga 500 yang tentunya sangat tinggi untuk Aimy yang masih bergelar bayi.

Malah tanda-tanda itu menunjukkan dia bakal menghidap penyakit glaucoma.

Melihat keadaan Aimy ketika berkunjung ke rumahnya di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, dia masih belum berjalan, berlari dan menuturkan perkataan berbanding kanak-kanak seusianya dengannya.

Dia hanya boleh mengesot dan merangkak apabila ingin mencapai sesuatu dan menangis apabila keinginannya tidak dipenuhi. Sejak berusia lapan bulan, Aimy sudah memakai cermin mata dan doktor menasihatkan Aimy supaya terus memakainya pada waktu siang bagi mengelak rabunnya bertambah hingga dia terus tidak dapat melihat.
Bayangkan pada usia yang masih terlalu muda, tentulah Aimy tidak selesa apabila dipakaikan cermin mata. Malah dia pasti menanggalkannya apabila sudah lama dipakai.

Menurut ibu Aimy Sufia, Kartica Shahreema Mohd Sab, 37, ketika dilahirkan pada 20 April 2009, Aimy sihat seperti dua kakaknya iaitu Alesha Sufia, 7, dan Adani Sufia, 5.

Namun ketika diperhatikan pada tubuh Aimy sejurus selepas dilahirkan, Kartica menyedari anak mata kiri Aimy lebih besar daripada mata kanan.

"Pada mulanya saya anggap ini perkara normal, namun selepas dia demam dan mencatat suhu yang sangat tinggi saya terus ke hospital. Saya terkejut apabila doktor memberitahu secara tiba-tiba Aimy menghidap asma," katanya.

Semakin hari asma Aimy semakin teruk dan memerlukan alat pernafasan sekiranya diserang penyakit itu. Sangka Kartica, Aimy hanya menghidap asma namun apabila doktor mula perasan ada tanda-tanda yang tidak kena pada mata Aimy, lantas mereka mendapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak.

Selama tiga bulan keadaan ini berterusan sehinggakan Kartica membawa anaknya ke hospital untuk rawatan lanjut. Setelah rawatan dijalankan oleh pakar menunjukkan Aimy menghidap penyakit Primary Congenital Glaucoma.

Menurut Kartica, kesan daripada penyakit itu kedua-dua mata Aimy berair dan akan mengeluarkan air mata yang banyak apabila menangis.

Keadaan ini membuatkan matanya menjadi terlalu kering dan dikhuatiri akan dijangkiti virus berbahaya sekiranya dibiarkan.
 
Sebab itu, Aimy diwajibkan bercermin mata. Ini kerana mata kirinya terlalu tinggi tahap kekaburannya, sekali gus cermin mata ini dapat menggalakkan Aimy menggunakan kedua-dua belah matanya juga bertujuan mengaktifkan matanya agar tidak menjadi terlalu lemah.
Sekiranya cermin mata tidak dipakai, lama-kelamaan akan menyebabkan mata menjadi juling dan buta.

"Sekurang-kurangnya cermin mata ini dapat membantu Aimy mengembangkan pancainderanya agar boleh membantu pancaindera yang lain supaya berfungsi seperti biasa," jelasnya.
Selain masalah mata, Aimy juga adalah kanak-kanak Dysmorphic iaitu mempunyai ciri-ciri kelainan dan ketidaksempurnaan kejadian serta struktur fizikal secara semula jadi.

Menurut doktor yang merawatnya, Aimy bukan saja tidak normal pada matanya tetapi telinga, kepala, lelangit, tekak, ibu jari kaki dan tangan yang lebih, jari jemari yang kemek, tapak tangan yang lembut, tulang pinggul serta kaki.

Malah lututnya juga didapati berlainan dan perbezaan ini berkemungkinan akan menyebabkan cara berjalan Aimy tidak normal seperti kanak-kanak lain.

"Namun keadaan ini akan berubah sekiranya lebih banyak latihan atau rawatan fisioterapi dijalankan ke atas Aimy," katanya.

Aimy juga mengalami sembelit yang agak teruk. Setiap kali mahu membuang air besar, dia terpaksa dimasukkan ubat menerusi dubur untuk melembutkan najis dan sekiranya tidak, dia pasti menangis kesakitan. Kemungkinan sembelit ini ada kaitannya dengan penyakit yang lain, namun doktor juga tidak dapat memastikannya.

Aimy juga tergolong dalam kanak-kanak yang menghadapi masalah Global Developmental Delay iaitu perkembangan yang tergendala atau lambat serta tidak mengikut umur yang sepatutnya.

Contohnya pada usia setahun tujuh bulan, Aimy sepatutnya sudah boleh berjalan dan berlari tetapi dia baru pandai duduk ketika berusia setahun empat bulan, itu pun masih tidak stabil.
Pertuturan Aimy seperti bayi berusia enam bulan, kemahiran motor seperti bayi 10 bulan manakala mentalnya berfungsi seperti bayi berusia 12 bulan.

"Saya bersyukur kerana cepat mengenali perubahan pada Aimy. Menurut kata doktor, ada sesetengah ibu bapa yang hanya mengetahui kelainan pada anak mereka ketika anak berusia lebih tiga tahun dan ini sudah agak terlambat," katanya yang tidak pernah berputus asa mendapatkan rawatan untuk Aimy.

Boleh dikatakan setiap bulan Aimy terpaksa dimasukkan ke wad bagi menjalani pelbagai rawatan. Begitu juga dengan rawatan tradisional dari setiap pelosok negara sudah dijelajahinya, namun tidak menampakkan sebarang tanda positif.

"Saya tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan buat Aimy. Walaupun sukar untuk saya menerima kenyataan yang dia tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), namun untuk apa saya terus menafikannya? "Memanglah sebagai ibu saya mahu menganggap Aimy seperti anak normal yang lain dan terus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah.

"Walau apa pun keputusan dan hasil ujian serta pemeriksaan darah, kromosom dilakukan, tetap tak dapat mengubah kenyataan itu. Hakikatnya perkembangan Aimy tetap tidak sama seperti kanak-kanak lain.

"Cuma apa yang boleh diubah adalah usaha untuk masa hadapannya. Ujian dan pemeriksaan itu hanyalah sekadar membantu untuk memperjelaskan jenis sokongan yang paling tepat harus diberikan kepada Aimy," katanya.

Justeru, Kartica dan suami mendaftarkan anak mereka sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barulah dia tahu pengiktirafan ini memberikan banyak keistimewaan kepada Aimy terutama dapat meringankan beban ibu bapa bagi mendapatkan rawatan untuknya.

Sekurang-kurangnya wang yang diperuntukkan untuk bil hospital juga boleh digunakan untuk pembelajaran Aimy.

Pada usia yang masih terlalu muda, sebagai ibu Kartica bimbang mengenai perkembangan anaknya lantas dia mencari sekolah untuk membantu meningkatkan perkembangan motor dan mental Aimy supaya walaupun tidak setaraf, sekurang-kurangnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan orang lain.

Malangnya sekolah yang menjalankan pembelajaran ini hanya menerima kanak-kanak pada usia lima tahun ke atas. Jadi Kartica menghantar Aimy ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani sesi fisioterapi dan pertuturan.

"Kami harus berusaha keras bagi memastikan dia mampu menguruskan diri sendiri apabila dewasa lain. Sebagai ibu, memang ini adalah tanggungjawab saya namun bagaimana pula setelah dia dewasa nanti? Siapa yang akan menguruskan dirinya melainkan diri sendiri," kata Kartica yang sangat berharap agar sesi rawatan fisioterapi dan pertuturan itu dapat membantu diri Aimy.

Dalam pada itu, Kartica mengakui sebagai wanita bekerjaya adalah sukar untuknya membahagikan masa dengan baik. Justeru, dia bersyukur dikurniakan suami, Zairol Azlan Abdul Jalil yang banyak membantu menguruskan rumah tangga dan hal anak-anak.

"Jika ditanya memanglah masa saya lebih banyak diberikan kepada Aimy. Walaupun kasihan dengan dua kakaknya tetapi saya tiada cara lain. Namun dari segi kasih sayang, ketiga-tiga mereka dalam kedudukan yang sama. Tiada yang lebih dan kurang," katanya.
 
Kredit info & foto: Harian Metro



tHe CiRcLe oF fRieNds aWarD

Tuesday, January 18, 2011

Bismillahirahmanirahim..

Assalammualaikum dan apa khabar semua kawan2 bloggerku.. Harap2 semuanya sihat2 belaka la ek.. Pagi ni fara bersemangat sikit, ntah la tak tahu plak kenapa. Mungkin pagi tadi fara dapat comment dari blogger baru yang datang berjenguk dan membaca entry fara semalam pasal "Aku ini Wanita". Banyak jugak fara dapat comment dan feedback dari blogger2 lain yang singgah, tapi yang ni special sikit, sebab nasib kami lebih kurang serupa. Ini la fisrt time fara dapat kawan blogger yang mengalami nasib yang sama. Blogger yang fara maksudkan itu adalah blog MAMA ZAKUAN. Dia ni blogger baru, fara harap korang bagi sokongan kat dia yer dengan berkunjung ke blog Mama Zakuan yer. 

Fara berharap dapat berkenalan dengan lebih banyak ibu2 tunggal yang ada dalam dunia blog ni. Mungkin kami boleh berkongsi pendapat dan bertukar2 pandangan. Tak terkecuali juga pada yang bukan ibu2 tunggal ie adik2 kakak2 abang2 etc. Fara tak kisah dengan siapa fara berkawan, asalkan kita ikhlas okay. Terima kasih fara nak ucapkan pada semua bloggers yang menjadi kawan fara dalam dunia maya nie. Dengan adanya blog ini, hidup lebih bermakna kerana ada kawan2 yang dapat berkongsi gelak tawa, pendapat, berkongsi suka duka dan lain2 bersama.

So, jangan lupa terjah blog MAMA ZAKUAN ya. Bagi up sikit dia punya traffic okay dan juga bagi sokongan untuk dia.

Untuk menghargai semua kawan2 blogger, mummy nak bagi award ni kat semua yang datang jenguk kat sini. Ambil ek award ni dan letak kat side bar korung. Terima kasih kerana menjadi separuh dari hidup saya. 




tipS meMiLih KaSut Ke pEjaBat

Sunday, January 16, 2011

REKABENTUK DAN WARNA
Pemilihan haruslah berdasarkan jenis pekerjaan. Jika anda bekerja dalam sektor korporat atau kerajaan, elak kasut yang sarat dengan aksesori. Pilihlahwarna gelap seperti hitam atau coklat gelap. Bagi mereka yang bekerja dalam industri hiburan atau media, sesuaikan warna kasur dengan baju yang dipilih. Jangan terlalu kreatif dengan warna-warna garang untuk ke pejabat sebaliknya biar sederhana.

KESELESAAN
Jika kerjaya anda perlu banyak bergerak, keselesaan adalah penting. Mahal bukan jaminan keselesaan. Ketika mencuba kasut, cuba berjalan santai beberapa langkah. Pastikanrasa selesa dikedua belah kaki terutamanya dibahagian tumit dan hujung jari kaki. Ini penting kerana potongan kasut adalah berbeza dan kedua bahagian ini paling berisiko untuk tercedera, melecur atau melepuh.

KETAHANAN
Kasut yang diperbuat dari "material" yang baik adalah penting untuk tahan lebih lama. Selain itu, ketelitian pembuatan kasut itu juga menyumbang pada ketahanan kasut. Justeru, pastikan anda memeriksa dengan rapi setiap inci kasut dari tapak kepada jahitannya sebelum membeli kasut tersebut.


tOnGue tWisteRs

Saturday, January 15, 2011

Dulu masa muda2 suka sangat tongue twister. Seronok, berbelit-belit lidah. Tadi masa ngah mengemas tetiba jumpa plak buku nota lama2 zaman anak dara lagi (isk!! lama tu adalah dalam 14 tahun) dalam tu ada macam-macam tongue twister dan benda2 lain yang ditulis.. Korang nak cuba tak.. Jom la cuba.. Berbelit2 tapi FUN!!...

A BIG BLACK BUG
THAT BIT A BIG BLACK BEAR
MADE THE BIG BLACK BEAR
BLEED BLOOD
A BLACK CAT BLOCKED THE WAY OF THE DUCK UNDER THE DOCK
A CANNER EXCEEDINGLY CANNY
ONE DAY REMARKED TO HIS GRANNY
"A CANNER CAN CAN ANYTHING THAT HE CAN BUT A CANNER CAN'T CAN A CAN, CAN HE?"
A CAT CREPT INTO THE CRYPT, CRAPPED AND THEN CREPT OUT AGAIN.
A CRICKET CRITIC CRICKED HIS NECK AT A CRITICAL CRICKET MATCH.
A FLEA AND A FLY IN A FLUE. WERE IMPRISONED, SO WHAT COULD THEY DO? 
SAID THE FLY, "LET US FLEE!"
SAID THE FLEE, "LET US FLY!"
AND THEY FLEW THROUGH A FLAW IN THE FLUE.

Okay kengkawan.. Try ek.. boring2 boleh ajak adik2 ke, kakak2 ke, kawan2 ke sebut perkataan tu lelaju.. sure fun dan tergelak2 bila korang dengar.. Okay.. Selamat berhujung minggu.

kOranG taHu taK aPa bOsS kOrunG tenGaH bUat?

Thursday, January 6, 2011

Hehehe.. best ke tajuk kat atas tu? Dah tak tahu apa nak tulis tapi tangan ni gatal plak tetiba.. So, otak plak tetiba nak menulis pasal boss.. Korang tahu ke apa boss korung buat didepan komputer dia tu? Hehehe.. Ntah2 mungkin ada yang tengah buka FB, bermain game atau yang sewaktu dengannya.. Hehehe.. Tapi kalau dah waktu2 nak habis pejabat ni apa salahnya nak ber FB atau bermain game, asalkan kerja dah siap kan?.. 


Yang kelakarnya, kita dengar my boss main game.. hehehe.. kelakar pun ada.. hehehe... tak sangka plak boss main game.. mungkin dia stress kot.. ala.. boss pun manusia biasa jugak macam kita kan.. mesti la ada perasaan nak bermain game atau bersosial di FB.. Sedangkan Perdana Menteri kita pun ada FB kan.. Ntah2 PM kita pun main Cafe' World, atau Farm Ville atau apa2 saje game la.. hehehe.. Who knows right..

Apa2 pun jangan leka bermain game/fb/blog, nanti sampai lupa nak balik rumah pulak.. Ok semua.. Kita nak prepare untuk balik.. Malam nanti kalau kita tak ngantuk kita online okay.. 

Sesiapa yang nak balik juga tu, pandu kereta dengan cermat okay, berhati2 dijalan raya..



PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Kredit foto: Mr. Google

aMaLan uNtUk cePat DaPat jOdOh

Mungkin ramai diluar sana masih belum bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri atau suami. Siapa tak sedih bila melihat rakan2 sebaya bahagia dengan anak2 dan suami. Perasaan risau, jealous mesti adakan? Tipu la kalau cakap tak de.. Setiap manusia ada hati dan perasaan okay..

Petua ini datangnya daripada Dato' Fadhilat Kamsah untuk dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh..
Insya'allah jika diamalkan pembacaannya apa yang dihajati akan dipermudahkan.. Amin..

Surah Yusof- ayat ke-4 
Surah Ali-Imran- ayat ke 31
Surah Thaha - ayat ke-39 
Surah As-syuraa- ayat ke-19

bukan baca sekali je boleh terus jadi okay... jadikan ia sebagai amalan. Harus juga diikuti dengan amalan2 yang lain seperti, solat hajat, solat taubat, solat istikharah serta doa yang berterusan, lepas tu bertawakkal lah kepada Allah S.W.T. Jgn lupa berbuat baik kepada kedua ibubapa, kawan-kawan dan org2 di sekeliling kita. Tak lupa juga terhadap haiwan kerana apabila kita berbuat baik, haiwan ini akan mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan dan kebaikan utk kita...(kerana apa yg kita lakukan seharian akan mempengaruhi keseluruhan kehidupan kita..dosa dan kesalahan yg kita lakukan akan membuatkan doa dan amalan kita tidak diterima oleh Allah)

semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang baik, seterusnya dikurniakan rumahtangga yang bahagia, aman dan rukun hingga ke akhir hayat..insyaAllah...

 Kredit info & foto: Mr. Google



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada