Lama benor tak update. Masalah teknikal sedikit ye. Maklum la, dah graduate CFS, dah bukan one of iium-community T_T
Story hari ini..................
12 Mac 2011
Menerima arahan bergerak pulang ke CFS terchenta untuk bertapa di sini berkhidmat sepenuh masa untuk Program Khidmat Masyarakat ke Kemboja. At first, seriously macam nak datang lambat sket je. Ye la kan, dah la kite ni tengah cuti. Dah plan bermacam-macam mende untuk occupy cuti 7 bulan before masuk main camp. Tup tup, kena duduk kat CFS 3 bulan. ADOI! Kacau tahu tak? Tapi takpe, hopefully 3 bulan ni 3 bulan yang bermakna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bermakna. Memang bermakna. Tak tipu!
Apa maknanya?
Maknanya...
* Seminggu jadi cikgu tusyen untuk budak-budak darjah 4 - 6 untuk subjek Math.
naimy said : terlepas jugak kempunan aku nak jadi cikgu ^^
* Sort barang-barang recycle
naimy said : baru tahu harga kertas warna dan kertas putih lain =D Sekarang botol mahal tau. RM 1 sekilo. Kumpul la botol banyak-banyak. Pastu dapat duit, beli makanan yang kitorang jual depan AMF tu =)
* Charity Sale
naimy said : Alhamdulillah..ramai je yang nak beli barang-barang terpakai ni. Memula ingat confirm takde orang nak beli coz sekarang ni most people demand tinggi, especially orang-orang bandar ni ha. Tapi, not really most la, just a part of them =) Thanx for all buyers for supporting our Charity Sale.
*tapi banyak je lagi barang-barang yang tak habis lagi nih....erm..*
* MRCG (Mahallah Representative Committee Group)
naimy said : Gempak la konon nama kan. Macam consultant gitu. Actually, lebih kurang la. Bezanya tahap keprofesionalan je. Berjaya organize dua biji, satu Menuju Puncak kat SRA Al-Falah, satu lagi Leadership Camp kat SMK Bandar Tasik Kesuma. Dua target golongan yang berbeza. Primary school and secondary school. Memang berbeza caranya. Baruku tahu. Maklum la..orang takde adik kan..eceh~
*syukran kathir sahabat2 yang sudi membantu kami ^^,
| At SRA Al-Falah ~ Fly Fly Away ~ |
| At KESUMA |
* Sponsor
naimy said : Hat ni toksah cakap la. Naik semput teman-teman mengejar sponsor. Sekarang korang dah lega sikit kan? MABRUK 'ALAIKUM! Double thumbs up untuk korang d(",)b
*tapi jangan seronok sangat..program tak habis lagi..*
| Hiasan semata-mata okeyh.. |
* Food & Beverage Business
naimy said : Cupcake? Ada. Sosej? Ada. Roti + sosej? Ada je. Air mineral? Ada. Nasi lemak? Ish, mesti ada. Mihun goreng? Pun ada. Air kotak? Ada berkotak-kotak. Coklat? Ada la jugak. Wahai penduduk CFS, apa lagi u all nak?
*bolehlah nak tunjuk skill memasak masa ni =)
* Ops Langsir
naimy said : Ingatkan senang ler kejenye. Rupenye memang senang! =) Cuma penat sikit aje. Ye la, biasa kat rumah langsir masa raya je tukar. Ini semua bilik kena tukar dari tingkat 1 sampai tingkat 4. Tiga mahallah lak tu. Fuh, memang peluh lap kat langsir la. Erm..~
* MeetingS
naimy said : Mula dengan Al-Fatihah. Tazkirah sket. Masuk agenda pertama. Orang ni pangkah. Orang tu jawab balik. Gaduh2. Tiba terlencong ke agenda ke5. Orang lain ingatkan, kembalilah ke jalan yang lurus. Buat loyar buruk masing-masing. Orang sebelah kata, takpe2..tu dalam bilik punya hal. Balik semula ke agenda pertama. Gaduh2 lagi. Masuk agenda ke 2. Ulang step ke 4 tadi hingga ke agenda ke 5. Sudahi dengan doa Rabithah beserta Tasbih Kaffarah dan Suratul 'Asr. Step seterusnya, sambung dalam bilik masing2, either Saidina or PES.
*macam mana la nak tulis minit mesyuarat kalau lagu ni gaya? =)
![]() |
| Meeting meriah bila banyak warna..kan? ^^ |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang rasa macam dah 3 tahun. Banyak jugak benda yang dilakukan in just 3 month. Kat rumah, agak-agak boleh ke buat macam ni? Actually, boleh je cuma tiada booster je. Tiada force untuk melakukan sedemikian. Sekarang ni ada force untuk cari sponsor, tu yang bergerak semacam je tu. Bak kata mak abah," Ingat senang nak cari duit?! Baru tahu...." Baik mak. Saya dah tahu sekarang. Patut la mak abah selalu sakit kepala, sakit kaki lutut, sakit belakang. Sekarang, saya merasakannya. *lembik benor aku ni..hmm..*
Jadi, jangan jadi orang kufur nikmat. Okay?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
14 Jun 2011
Jam 2 pagi kami berkumpul dan mula mengangkat barang-barang yang berkotak-kotak tu. Agak mamai di situ tapi digagahkan juga. Pagi tu sepanjang masa dah berehat. Barang-barang pun dah siap sumbat, makanan untuk kat airport pun ready. Get set, GO!
Eh, tak pergi lagi eh? Silap. Dah excited nak pergi =)
To be continued...






