Alhamdulillah..
Kami selamat pergi dan selamat pulang..
Berpeluang juga diri ini untuk duduk dalam majlis sebegini. Setelah beberapa minggu yang agak menekan jiwa dan raga, fizikal dan mental, majlis ini yang sekejap cuma, cukup menenangkan. Tak sia-sia, insyaAllah.
3.50 petang
27 orang muslimat bertolak menaiki bas bersama beberapa muslimin sebagai penunjuk arah. Bas ke Stesen Universiti, LRT ke Pasar Seni, Sepasang Kaki ke Masjid Negara. Berhenti solat Asar. Dan perut amatlah lapar. Tapi takpe, kami bersabar~
5.00 petang
Bergerak keluar dari Masjid Negara. Menuju ke Pusat Islam, bertentangan dengan Masjid Negara. Mendaki anak tangga 3 bukit. Dengan perut bergendang(perlu ke???). Lalu duduk menanti program bermula.
5.40 petang
Alunan selawat bermula. Terus menerus. Walaupun hadirin hadiratnya tidaklah seramai mana. Tapi sudah cukup untuk bergema(ada microphone ^^). Bergema di dataran TV Al-Hijrah. Bersambung dengan Wirdul Lathif. Tak terasa masa berlalu. Dah nak maghrib rupanya. Program ditangguhkan. Pihak penganjur mengingatkan,"Kita berhenti seketika untuk Maghrib dan Isya. Jangan lupa datang balik. Akan ada bacaan maulid bersama Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid dan sedikit ceramah dari beliau." Hadirin hadirat bergerak. Dan, perut kami terus galak minta diisi. Sabarlah duhai perut.....
7.30 malam
Impian perut kami menjadi kenyataan! Kaki laju melangkah ke kedai mamak seberang 2 jalan. Alhamdulillah. Indah menikmati rezeki dari Ilahi.
8.30 malam
Bergegas ke Masjid Negara kembali untuk solat Isya. Nasib baik energy level dah diupgrade. Laju sikit gerak.
9.23 malam(macam meeting pulak)
Sudah tiba kembali ke dataran TV Al-Hijrah. Mak aii! Awat macam ada shooting pulak ni? Rupanya memang ada rakaman. Tak menahu la pulak. Mujur bukan siaran langsung. Kalau siaran langsung lagilah leceh.
Pilih port baik punya. Depan sekali la kan. Kaum muslimat tak seramai kaum muslimin. So, banyak je port kosong. Kelihatan Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid di atas stage. Bacaan maulid bermula.....
Hadirin hadirat khusyuk. Hanyut dalam bacaan...................................
TAMAT RAKAMAN
Tapi program tak tamat lagi...
Sedikit tausiyah daripada AlHabib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid yang sempat tercatat...
1. Wasiat Baginda kepada para sahabat,"Ajarkan kepada anak-anakmu 3 perkara. Ajarkan mereka cinta akan Nabi mereka. Ajarkan mereka cinta akan keluarga Nabi mereka. Ajarkan mereka membaca Al-Quran."
2. Cintailah Rasulullah SAW
- Cinta adalah satu perasaan dalam hati, yang bila dia cinta akan seseorang, akan terzahir rasa cinta itu melalui perlakuannya.
- Al-Habib menceritakan kisah seorang badwi yang ketika Nabi SAW berkhutbah, dia memotong khutbah Baginda lalu bertanya,"Bilakah As-Sa'ah(hari Qiamat)?". Para sahabat mulai bising kerana ada yang berani memotong khutbah Baginda SAW. Lalu Baginda bertanya kepada badwi tadi,"Apa yang sudah kamu sediakan untuk menghadapi As-Sa'ah yang kamu tanyakan itu?". Si badwi menjawab,"Aku tak banyak amal yang aku buat kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan kecuali hati dan sanubariku ini dipenuhi dengan cinta Allah dan Rasul-Nya." Kemudian, Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya, kamu akan dikumpulkan bersama orang yang kamu cintai."
- Contohilah bagaimana para sahabat mencintai Rasulullah SAW. Abu Sufyan pernah berkata,"Aku tidak pernah melihat seseorang cinta akan seseorang yang lain seperti para sahabat mencintai Muhammad SAW."
3. Bagaimana mahu mengajar anak-anak cinta akan Rasulullah SAW?
- Bacakan kitab sirah Nabi SAW
- Bacakan maulid Nabi SAW
- Meneladani akhlak Baginda SAW
- Banyakkan berselawat
12.10 am
Hadirin hadirat bergerak pulang. Kaki melangkah mencari teksi. Sebelum tu, sempat lagi tangan menggapai sebungkus nasi lemak free =)
Mengisi masa terluang...
Ma'thurat selepas 'Asar
Dataran TV Al-Hijrah
Luar Pusat Islam
Kuala Lumpur Berselawat
Amer Munawer Yusuf dan Muadz selaku pengacara
Qiyam, Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid di tengah
Antara hadirin hadirat yang hadir
NABI SAW CINTA AKAN UMATNYA..
KITA PULA???

6 comments:
ade ibrah lain yg dpt dipelajari dr tulisan di ats..
kita haruslah sabar menahan lapar..kalau ni pun x bleh,cmne nk jadi daie?
syoknye u g.. tringin nk g.. bkn nk ajk i.. huu
ade lg x bile2 nnti?
ya Azhar! itulah yg cuba nk disampaikan..serius bergendang perut! mostly x makan lunch lg..
Alhamdulillah..dengan saling tasyji' menasyji' sesama teman sejalan, ujian lapar dpt diharungi =)
2 sukma:
u kn kt temerloh..u balek phg ade ke ajak i?huhu..
wallahua'lam ade lg ke x..insyaAllah ade kot..dengar semalam katanya program mcm ni insyaAllah akan diteruskn..tp bila tarikhnya x tahulah..
nantikan ye =)
terasa rugi tak dapat hadir masa tu sebab ada hal lain.
gendang gendut tali kecapi,
gendang perut perlu diisi...
hehe
xpe la tok..mungkin xde jodoh..apekan daya..
tok bole anjurkan MAB Berselawat lak..
Post a Comment