Showing posts with label Family Gathering. Show all posts
Showing posts with label Family Gathering. Show all posts

1437H : 1st Syawal #teamrayashahalam

Hi LoVers,

Selamat Hari Raya again!! hehehe.

Hari ini baru berkesempatan nak update entry untuk Syawal. Lyn tulis pun light2 jer lah yer, sbb tak berapa nak ada mood menulis skrg ni. hahahaa

As usual 1 day before Lyn baru start cuti. So pagi selasa tu baru lah berkesempatan nak tolong apa2 kat rumah. Luckily my sisters semua dah start cuti Monday tuh, so dorang lah yg byk tolong kat dapur. Rumah dah siap berkemas, langsir semua dah pasang ahad tuh. So tak risau dah. Cuma kena concentrate yg bab masak2 ni pulak. After Zohor kita start masak. Slow2. Tak rushing pun. Yg penting kena siap awal sbb malam raya boleh lah kita rest kan. Tak payah nak sibuk kat dapur lagi. Alhamdulillah semua lauk pauk siap dimasak awal. 

1st Syawal....

Pagi2 tu kena siap panaskan lauk pauk sementara menunggu yg lelaki pulang dari masjid. Settled semua baru kita plak mendandan diri. Baju semua dah siap dah iron. Tinggal nak sarung jer. 

Lauk wajib di Hari Raya. Mesti ada ketupat, kari ayam, rendang ayam, kuah kacang, rendang daging, agar2 & kuah lodeh. Terlupa pulak nak snapped. Hehehe

Bila semua dah berkumpul baru lah kita mulai dgn sessi bersalaman mengikut turutan & sesi memberi duit raya. Lyn mmg sengaja taknak tepek picture2 tersebut sbb pd Lyn tak perlu lah kan. Hanya untuk simpanan keluarga jer. Selesai sessi bermaafan, kita makan pulak. Spt biasa, mmg tiap kali beraya, adik beradik mmg ada bawak juadah raya ke rumah mak. Tapi sampai rumah my mum, lauk mak & neneknya yg dipandang. Hehehe. 

Thn ni mmg tak ramai yg beraya dgn kami. Masing2 di rumah mertua.

My Along's family. My eldest bro 

My sister's family, 2nd sister

Lyn, my sister & anak nya

My youngest brother. Anak sulung kena kerja

My niece's family

Men's group

Women's group

Our family picture for Hari Raya 2016. Ini sahaja sebahagian yg ada. My Angah, Abg Uda, my adik beraya rumah in law. My nephew's family pun di rumah mertua. My niece sorang lagi dlm pantang. Baru jer bersalin hari Sabtu before raya tuh. 

Owh yer, tema merah & champagne / gold ni requested dari Maam besar. Dia teringin sangat nak sama thn ni. Selalu tak pernah lah sama mcm ni kan. Depends kat family masing2 lah nak warna apa. Bila maam besar dah request, kita kenalah ikut. Permintaan dia kan. 

Selesai bergambar, kita pergi menziarahi kubur. Balik tu, mmg ramai sedara2 kami yg dtg. Bila ada org tua di rumah ni, mmg ramai yg dtg ziarah. Hari lain tak dpt, jadinya time hari raya begini lah dorang dtg melawat. Mmg sampai ke malam rumah sentiasa ada org dtg. Even sampai hari raya ke 4 pun masih ramai yg dtg. Lyn & my sis mmg tak kemana pun sepanjang 4 hari tuh. Klu kitorang keluar, sapa pulak yg nak menolong my mum. Jadinya kita beraya di rumah jer. Raya ke 5 baru lah ada chance nak keluar rumah beraya. 

Cuma hari raya kedua Lyn keluar ke Sunway Pyramid jap. Tu pun tak lama. Tulah org takde kampung. Pi beraya kat shopping complex pulak. Hehehe


Hello... Hi...

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Back to normal routine today. I just came back from Port Dickson on Sunday evening. Exhausted & tired. Balik petang, berkemas & lepas solat Isya' terus tidur sampai ke Subuh.

Yesterday pun kerja mcm biasa. Takda nak sambung cuti, sbb next week nak cuti panjang. hehehehe. Vacation lagi.

Sebahagian daripada ahli keluarga Lyn. As usual mmg tak pernah cukup quorum. Dan ada yg balik awal sbb ada hal petang tu. 

Nanti Lyn ada masa, Lyn cerita dalam blog lah yer. Tak tau lah bila sbb ada lagi entry yg belum publish. Ikut turn lah yer. Mood pun agak kedaung sekarang ni. Mood kerja ilek, mood nak berjalan makan angin dah sekarang ni. Hehehehe

Oklah bye!!!


Makan-Makan Merdeka

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! Just got to work today after long holiday due to Hari Raya Qurban. Mostly ramai yg sambung cuti. Alang kepalang kan. Yg best budak2 sekolah lah. Ada yg cuti sbb jerebu esok. Tapi sure ada sekolah ganti. Klu kita yg kerja ni pun cuti sama, alangkah indahnya #Eh

Actually, entry lama ni, tapi lupa nak publish. Boleh tak perasan pulak. 

Btw, entry ni sempena merdeka hari tuh. Dah sebulan dah pun, baru terhegeh2 nak update. It was makan2 with my family members. Tak jemput sapa pun. Adik beradik kami saja. Dah plan lama jugak selepas habis raya. Sbb time open house tak puas. So kita repeat lah kali ni. Hehehehe

Tak sure cake apa. My niece made it. Sedap. Skrg nak makan cake senang jer. My niece pun. Dia baru grade dr UiTM. Ambil course cake2 ni lah. 



Semua my anak2, cucu cicit my mum ada. Klu tak silap my niece sorang takde. Kena ada kat UM tuk orentasi. So mmg tak dpt nak elak. Yg lain2 semua semester break & cuti weekend. 

Menu utama ikan bakar. Ada mee hoon soup, mee soup, spaghetti, macaroni carbonara, dadih, buah2an, cocktail, air asam boi & sirap. Tambah pulak ice-cream as a dessert. Ni takde sapa sponsor pun. Setiap family kena byr amount yg ditetapkan. Sapa2 yg bwk mknn sendiri dialu2kan.

Cuaca malam tu sejuk jer. Kita pun sambil makan sambil lah berborak. Mcm tu lah aktiviti kitorang tiap kali berjumpa. Tak pernah sunyi dgn gelak ketawa. Klu tak ruih tu bkn family kami lah jawabnya.

Selain makan2, kita celebrate birthday untuk mereka2 yg lahir pd bulan June sampai August. Tak ramai sgt pun. Tapi seronok lah kan bila celebrate birthday ramai2 gini. Mmg happening.

Kitorang lepak sampai 12.00am sekaligus sambut merdeka. Takde bunga api pun. Dari rumah my mum ni boleh nampak bunga api kat I-City tuh. Kita tgk lah sekali. Ada takde pun budak2 ni menjerit merdeka dgn bendera nya sorang satu.

Lewat pagi jugak kitorang melepak. Maklumlah Isnin kan tak kerja. So boleh lah stay up sampai pagi. Siap2 berkemas, basuh pinggan mangkuk segala. Pukul 3am gak baru kitorang tidur. Hujan pulak pagi tuh mmg sedap lah tidur tarik selimut. 

Tu jer kejadian sehari sebelum merdeka. Entry2 lain bakal menyusul soon. Bye!!!

Family Open House & Makan-Makan

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Hari ni nak cerita pasal our raya open house. Raya dah habis, siap dah nak raya qurban, Lyn baru terhegeh2 nak update pasal raya. Hehehe. Maklumlah malas tahap gaban skrg ni. Kurang bersemangat nak menaip entry skrg ni. Huhuhuhu

Ok, our raya open house held on 1st Aug 2015. 2 weeks after raya. Selalunya kita buat last2 Syawal, thn ni kena buat awal sbb nak sekali kan reunion Abg Long Lyn kat rumah dia. So Sabtu kitorang punya raya open house, Ahad tu reunion Abg Lyn. Bkn apa, khemah yg kitorang guna tu, sekali gus tuk dorang jugak. 

Biasalah kitorang klu nak buat majlis mcm ni, seminggu awal dah siap prepare mcm2. Well prepared. Semua ada task. Takde sapa boleh mengelat. Lyn dah siap2 bg tugas. So buat lah tugas masing2 sampai ke hari majlis tuh. Masak2 kita awal pagi Sabtu. Tapi Jumaat malam tu kita dah buat apa benda yg perlu buat lah. 

So sabtu tu kita dah siap dr awal pagi lagi. Lyn pulak kena kuar sekejap. Tapi sebelum tu Lyn dah siapkan semua tugas yg Lyn kena handle. Settle kan hal kat luar & sampai rumah lebih kurang 2.30pm. Sampai rumah pun, org masjid tgh baca doa kat rumah. Jemputan pun baru start nak dtg. 

Chocolate cake made by my niece for our hari raya open house. Mknn lain biasa2 jer. Nasi impit, kuah kacang, mee hoon sup, mee sup, laksa, tauhu sumbat, mee kari, kueh teow goreng, kuih muih, buah2an, ayam bakar, air & makanan lain. Lupa dah. hehehe.

Selesai orang masjid, tetamu lain pun dah start ramai. Tgh beria2 melayan org, tiba2 hujan turun. Lebat pulak tuh. Kesian pulak dgn org2 yg dtg berpayung2. Even hujan lebat, jemputan tak putus2 dtg. Terpaksa lah masuk rumah sbb nak mengelakkan masing2 dari kena hujan. Yelah, nak buat mcm mana kan. Dah nak hujan. Hujan rahmat kata org. 

Lama jugak hujan nak reda. Behenti sekejap then sambung balik. Tak sempat nak bergambar dgn kawan2 Lyn yg dtg. Kitorang ni semua ada slot masing2. So slot Lyn jul 3pm - 6pm. So time tu penuh lah kawan2 Lyn yg dtg. Kitorang buat mcm besar2an terus senang. Sekali masak, sekali penat. Klu jemput2 skit, payah. Lagi pun dah tiap2 thn mcm ni. Small matter. 

My ex-schoolmates. Dorang dtg sekali harung. Senang nak melayan. Mcm2 kerenah dibuatnya. Ade yg Lyn dah pernah jumpa sebelum2 ni, dan ada yg baru jumpa 1st time masa kat rumah Lyn. Alhamdulillah dorang masih ingat lagi. Tapi Lyn lah yg byk lupa. Maklumlah Form 4 jer dah pindah sekolah lain. hehehe

Dgn anak2 masing2. Pasangan masing2 jadi penonton jer. Teruk dorang lupa nak amik pic ramai2. Actually ramai Lyn jemput. Tapi ini saja yg dpt hadir. Sbb masing2 ada jemputan lain. Actually lepas je rumah Lyn ni, ada lagi 3 buah rumah yg buat open house. Tapi Lyn tak dpt lah nak join. Dah rumah sendiri pun buat sama. 

Dorang balik jer, kawan2 Lyn yg lain pulak dtg. Actually kawan2 rapat jer yg Lyn jemput. Mcm ex-schoolmates mmg wajib. Sbb baru this year dpt jumpa dorang semula. This year, we can't effort to invite everyone. So only relatives, close friends & neighbours jer yg ada. In Sha Allah klu ada rezeki, adalah nnti yer. 

Our family open house ended at 9pm. Seriously mmg penat gila2. Sampai dah tak larat nak jalan. Penat mengemas mmg sampai dua tiga hari baru settle. Settled & kita kemas semua sampai licin. Then sambung pulak dgn family makan2. Mau tak penat. Yg ni sampai midnight. Mmg gila lar. Hehehhee. 



Buat BBQ pulak. Hehehehe. My bro beli ikan, kerang & hotdog. Yg membakar nya anak2 buah Lyn. Walaupun penat, muka pun dah sememeh, dorang berjaya menghabiskan nya. Hehehe. Tak menyempat2 dorang ni BBQ. Mcm lah takde hari lain. Bak kata my bro, biar penat sekali. Ni klu buat 2 3 kali, tak larat wooo. 

Kitorang melepak, berborak & bergossip sampai ke midnight. Group bapak2, group bujang2, group mak2, group anak dara. Masing2 dgn topik masing2. Berkumpul satu meja masing2. Ntah hape yg kitorang borak pun tak tau lah. Biasalah klu dah ramai2 gitu mmg mcm2 topik yg keluar. Seronok pulak melepak malam2 dgn family. My mum jer tak join. Tgk tv. 

By 1am, kita dah kemas kat luar siap dgn sapu sampah. Dah bersih dah. Tinggal satu khemah jer tuk reunion Abg Lyn next day tuh. Yg tu kita tak involve pun. Semua catering. Sambung lagi kemas dlm rumah. Dkt pukul 3am baru lah masuk tidur. Punya lah penat. Allah saja yg tau. 

Even penat pun, tapi mmg seronok. Bila lagi nak buat aktiviti mcm ni klu tak time raya. Betul tak?? ermmm esok kita sambung lagi pasal open house yer. Bye!!!


Syawal 1436H : 8th Syawal

Hi LoVers,

Good morning  & happy Monday everyone!!!

Syawal pun dah berlalu pergi. Tapi entry Syawal masih tak habis lagi. Byk pulak yg masih dlm draft. Later lah nnti Lyn habiskan & publish. So ni nak cerita on 8th of Syawal. Beraya konvoi dgn adik beradik ker rumah adik beradik yg lain. Jumaat malam seminggu selepas raya. Berjanjian dgn mereka2 ni pun kena awal2. Nnti ada plak yg pergi tempat lain. 

We went to there at 8pm. Berkonvoi 7 biji kereta. First rumah my 2nd sister. Nearby our house jugak. 

Sebahagian jer yg ada. Kat section lain yg lelaki plak melepak. Penuh rumah my sis. Selain kuih raya, my sis ada jamu makanan lain. Tapi kitorang tak kisah pun. Kuih raya pun boleh jer. Tak lama lepak situ, sbb nak ke rumah my niece pulak. 

Rumah my niece. My 2nd sis's daughter. First time beraya kat rumah sendiri. Selama ni dia mmg tinggal dgn kakak Lyn. So dah anak ramai ni kena lah pilih hidup sendiri. Sampai bila nak tinggal dgn mak kan. Kat rumah ni kita melepak lama juga, sambil layan org lain mercun. Berdentum dentam kuat bunyi. Bkn kita yg main, neighbor my niece.

Next, rumah my 1st sis, Kak Ngah.

Rumah dia yg paling special. Mcm2 dorang hidang kan. Kebetulan dua org my niece ada kat rumah cuti raya, so dorang lah berdua yg masak. Ada bread puding, mee goreng, tauhu & tempe cicah sambal kicap, tembikai, jeruk mangga & kuih raya. 

Mkn & berborak biasalah klu berjumpa. Ada jer cerita dia. Jumpa my sis ni sure tergelak sakan. Dia suka buat lawak & suka buat org ketawa. Ada jer lawak yg dia reka. Mmg betul happy go lucky lah dia. Kat rumah dia ni kita duk bergambar sakan. 

Nak bergambar tapi kena kacau dek anak2 buah Lyn yg lelaki. Kitorg ketawa sampai takde suara dibuatnya. Kesian betul. Nasib baik kt rumah org, klu rumah sendiri mau terguling2. 

Snapped yg keberapa baru la dpt yg ok. Klu tak memanjang kedaung.

My siblings, SIL & anak2 buah kesayangan

Another shot

Nanny, niece, granddaughter & grandson. Khair not joining us. Dia sibuk tgk lampu kat luar tuh. 

Ni lah anak2 buah Lyn yg sengal. Mcm2 hal dorang ni. Yg depan tu tak sedar diri nak jadi bapak org. Tapi perangai mcm budak2. Hehehehe

Byklah pic lagi. Tapi tak payah lah nak share sini. Kita share skit2 sudah. Pic pun tak berapa nak semenggah sangat. Hehehe. 

Sambung lepak & borak2 dgn dorang. Maklum lah rumah last, so lepak lama skit. Catch up session dgn anak2 buah Lyn yg berdua tuh. Dorang tu semua belajar jauh2. Time raya gini baru lah jumpa. Klu tak, mmg susah skit lah. My sis plak balu. Nak kemana2 kena tunggu anak bujang dia yg bawak balik rumah my mum. Raya hari tu, 1st raya sampai 3rd raya dorang tidur kat rumah my mum. Raya jer baru tidur or klu ada kenduri kendara. Tak puas berborak. So ni kira sambungan lah. hehehe.

By midnight kita balik. Ikut kan my sis dia suh lepak lama lagi. Tapi masing2 dh penat. Plus budak2 pun dah nak tidur. So sebelum dorang meragam, baik lah kita beransur dulu. So itu lah cerita raya ke 8. Ada lagi tau citer raya. Tunggu!!! :)


Syawal 1436H : Our Third Raya

Hi Lovers,

Happy Monday everyone!!! Monday blues ker?? Maklumlah kot letih pergi open house weekend ker kan. Yelah raya belum habis. Sure open house non-stop. Lyn pun penuh dgn open house weekend baru ni. Later kita cerita.

Let's talked about our 3rd raya. 2nd raya Lyn kat rumah melayan sedara mara& jiran2 yg dtg. Every year mmg tak kemana on 1st & 2nd raya. So on 3rd raya its our turn pergi beraya. Tengahari tu konvoi ramai2 ker rumah pakcik makcik. Dkt2 jer pun. Sementara masing2 ada & tengah bercuti baik kita pergi. But tak semua yg join pun sbb my sis & her family kat kampung. So mana yg ada kita jalan dulu.

Late evening kita pergi rumah my 2nd brother kat Bukit Kemuning. Yg ni mmg kita request dorang masak. Yelah, taukey kedai makan takkan tak masak kan. Mana aci. Hehehehe. Kita janji pukul 6pm. Ngam2 pukul 6pm, Abg Lyn call tanya kat mana. Biasalah klu dah ramai2 sure ada yg tertinggal. Sampai2 my bro dah tunggu kat gate.

Nasi lemak requested by BIL. Dia teringin betul nak makan katanya. Yelah dah jemu makan lauk raya. So kita ubah selera skit. Ko mampu hari raya makan nasi lemak?? Hahaha. Ada jugak nasi impit, kuah kacang & rendang ayam. Sampai2 lepak jap terus kita terjah makan. 

Masing2 makan bertambah ok. Kemain dorang. Yelah bkn selalu dpt makan nasi lemak ni. Lyn lagi lah tokseh. Setahun boleh kira kot berapa kali makan nasi lemak. Pantang. Lepas mkn kita melepak kat luar. My mum & SIL yg dua orang melepak dlm rumah jer. My mum tu penat. Kesian dia dari tengahari beraya. Sempat dia tidur kat rumah anaknya sekejap.

Kami yg sibuk bergambar. My sis yg tudung pink tu excited sungguh. Maklumlah dia jarang2 balik. Sekali balik mau tak excited jumpa adik beradik.

Nenek & cucu2nya. Lyn terselit kat tengah.Jealous tgk org bergambar. Sure menyelit. Eh my sis pun ada jugak. Sibuk jer. Hehehehe
 
Sebahagian dari anak2 buah Lyn. Semuanya masih berlajar lagi except yg baju kuning tuh.

4 beradik. My youngest sis, Kak Teh, myself & Kak Cu

Kami yg berdua yg kena buat video. Tapi tak boleh lah nak reveal. Tgk pic ni jer yer. 

Lepas boring kat luar. Masuk dlm semula. Melepak kat dlm rumah melayan neneknya berborak.

Masa tu jugak celebrate birthday my nephew yg ke 21. Excited budak ni bila kita buat surprise. Dia yg excited pegang monopod sbb nak record semua moment at last dia terkena jugak akhirnya.

Kitorang ni sekejap lepak dlm, sekejap lepak luar. Ambil angin katanya. Bkn apa, kitorang klu jumpa ramai2 gini kerjanya berborak jer. Lagi2 klu ada Kak Ngah Lyn, dia tu mmg happy go lucky. Klu dgn dia sure byk gelak. Tak pernah lah tgk dia senyap. Ada jer gurauan dia. Gurauan adik beradik ni tak pernah lah ambil hati. Sbb masing2 dah biasa. Klu tak bergurau tu adalah yg tak kena. Mmg tak complete hidup kami sekeluarga.

Stay kat rumah Abg Lyn sampai Isya'. Saja lepak lama skit sbb lepas tu mmg tak kemana dah. Plus my mum pun dah letih. Sebelum balik kitorang tapau makanan dulu. Still byk lagi. Lagipun my bro just jemput kitorang jer. So dari terbiar baiklah bawak balik katanya. Rezeki.

Thanks lah kat Uda & family. Lauk pauk mmg sedap. Balik rumah semua perut dah kenyang. Lauk pauk yg tapau tu, ada yg repeat makan balik tgk mlm. Supper katanya. Hehehe. Yg penting bila kumpul ramai2 mmg seronok.


Syawal 1436H : First Syawal

Hi LoVers,

Salam 11th Syawal.

Hari ni baru nak update pasal 1st Syawal. Maklumlah mood takdo. Ini pun cerita light2 jer. I'm not feeling well. Diserang demam semalam. But gigih jugak nak update. Hehehe.Tahun ke 10 beraya tanpa Arwah Abah. Huhuhu. Sedih. Biasalah tiap kali dgr takbir raya, sure lah meleleh ayoq mata. Tak boleh tahan dah. 

Sehari sebelum raya semua adik beradik Lyn dah cuti. Siang tu berkampung lah masak lauk pauk. Tiap2 tahun mcm biasa jugak lauk raya nya. Mesti wajib ada ketupat, kuah kacang, rendang ayam, kari ayam, kuah lodeh, agar-agar. Pagi raya spt biasa tunggu dorang balik dr Solat Raya. Kita2 kat rumah jer tolong apa yg patut. Mlm raya tu Lyn tidur pukul 3am. Nasib baik bgn awal. Tu pun sbb raya. Klu tak, mau tarik selimut lagi. hehehe.

Lepas semua dah ada, kita bersalam-salaman dari adik beradik sampai lah ke cucu cicit. Time tu masing2 lah meleleh air mata mintak maaf. Biasalah kan rutin setiap kali raya. Pic salam2 byk, tapi Lyn tak tepek lah semua. Buat kenangan family jer. 

Let's scroll!!!

Along's family

Kak Lang's family. My niece & nephew beraya rumah mak mertua masing2. Tinggal lah bertiga jer

Kak Teh's family. Anak lelaki kena kerja pulak first raya

Andak's family (youngest brother)

My sis's family. Lyn selalu menyelit. Maklumlah... hehehe

My Adik & Husband 

Siblings & in laws. Of course my mum kat tengah. Kak Ngah & Abg Uda takdo. Raya rumah mertua

Cucus & cicits my mum. Baru separuh :)

Family photo #takcukupquorum

Lepas sessi bergambar, baru lah masing2 kelaparan. So ke rumah my mum lah menjamu selera. Biasalah adik beradik Lyn yg dtg sure bwk lauk, tapi tak kira anak beranak, menantu, cucu & cicit sure nak makan masakan my mum. Tak boleh skip langsung. Mcm tu lah tiap kali raya or bila2 pun.

Selesai mkn, baru kita semua ke kubur. Rumah lengang dah time tuh. Actually nak kejar masa jugak sbb lepas tu kan dah nak Solat Jumaat. Time kitorang sampai tu tak ramai org. Bila nak balik, berduyun2 plak org dtg ziarah.

Yer.. dah 10 thn tanpa Arwah Abah & lain2 jugak. Dan setiap kali dtg menziarah, my mum sure taknak balik. Dah faham sgt dah. Duduk lah dia kat sebelah kubur tu, lama. Yelah, suami kan. Mana tak sayang. Settle semua kita balik sbb dah nak tengahari& yg laki2 dah nak siap2 untuk Solat Jumaat. Takde sapa yg dtg time tuh. Tapi lepas Solat Jumaat, ramai2 sedara mara yg dtg. Penuh rumah, silih berganti tetamu nya. Tiap kali raya mmg mcm tuh. Penuh rumah. Mmg tak dpt rehat sampai ke malam. Last tetamu kul 9pm. Baru lah dpt bernafas lepas tuh. Hehhehe.

Raya thn ni, Lyn ala kadar jer. Settle mana yg patut untuk my mum & keperluan kat rumah. That's all. 

Orait, nnti kita sambung cerita ray lagi yer. Bye!!!


Majlis Tahlil & Doa Selamat

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Seminggu balik dari Port Dickson, kita buat kenduri tahlil & doa selamat. Kiranya kenduri sebelum menyambut puasa. Alhamdulillah, every year we managed to organize the kenduri without failed. Kali ni kita buat hari after Zohor hari Sabtu. Preparation, kitorang dah buat awal2 lagi. Mana yg perlu di beli awal2 kita dah beli dulu. Mcm goodies Lyn dah tempah siap2 sebulan awal. Tak nak nnti last minute, payah.

Balik dari PD kita buat benda yg tak settle lagi jer especially packing goodies. Hari Isnin balik dari PD, kitorang cuti. So time tu lah pulun buat semua benda. Brg2 yg nak di masak, contoh nya blend bawang, potong cili & dsb mmg kita buat awal2. Senang time nak masak nnti. Actually, kitorang adik beradik nak guna catering jer sbb kesian kt my mum nak kena masak nnti. Tapi my mum tak nak pulak. Dia kata thn ni dia masak sendiri. Klu ada rezeki thn dpn baru buat katering. Tapi my mum dah tak masak pun, cuma arah2 kan anak menantu jer yg buat. A day before jumaat tu kita dah sibuk dah. Next day lagi lah sibuk nak kena prepared semua benda sebelum Zohor. But dlm pukul 12pm kita dah siap masak dah. Tinggal nak goreng ayam berempah jer.

Lauk pun simple2 jer. Sambal tumis sotong, kuah dalca, ayam goreng berempah, sayur goreng, ikan kering, lobak asin campur ikan bilis, sambal belaca, ulam2, kuih muih & air.  

After Zohor, Jemaah dari Masjid dah sampai. For sure ada tahlil & doa semua. Settle semua, baru jemputan makan. Ramai jugak jemaah masjid & tetamu lain hari tuh. Alhamdullilah. 

Goodies untuk para tetamu yg hadir. Surah Yaasin, tasbih dan kurma & kismis. Kanak2 kita bagi marshmallow. 

Kenduri berjalan mcm biasa. Masih ramai lagi yg dtg. Tapi kita proceed pulak dgn birthday budak2 ni. Kira belated birthday lah semuanya. Kita mmg ada celebrate kecil2an jer dgn family. Kali ni kita buat sekali harung. 

A simple candy buffet. Theme frozen dek request budak2 tuh. So kita layan jer. 

Yg perempuan oklah kan tema frozen. Tapi Khair kena redha lah yer dik. Kita ikutlah tema dorang. Hihihi. Enjoy the pics guys!! :)







Even simple, yg penting dorang happy. Seronok tgk dorang potong cake ramai2. Yg sambutnya pun Puteri, Nurul & Khair jer. Yg lain2 tu join jer lah sekali. Lyn pun patut ada kat situ. Tapi malas lah dah tua2 ni nak celebrate birthday. Letak cake jer sudah. hehehehe. 

Budak2 suka lah kan duk layan candy atas meja tuh. Rasanya mak2 pun join sekali. Hehehe

Celebrate Mother's day sekali. My mum terkejut gak tu bila cucu2 nya panggil :)

Antara kawan2 Lyn yg dtg. Mereka ni semu kawan sekolah menengah dari Form 1 - Form 3

Majlis kami habis pun dlm 5.00pm. Time tu dah takde lagi tetamu yg dtg. Yg ada pun kami sekeluarga adik beradik yg berborak & bergossip sakan. Maklum lah bila sesekali jumpa tu mmg tak sah klu tak berborak pjg. Seronok.

By 6.30pm kita dah siap clearkan semua sebelum menjelang Maghrib. Tapi biasalah nak mengemas tu mmg ambil masa skit. Nasib baik lah next day Ahad, still boleh rest lagi. Mlm tu mmg settle jugak mengemas. Kitorang plak still boleh stay up sampai midnight jugak. Sambil berborak ramai2. By 1am semua masuk tidur kepenatan. Next day sambung mengemas mana yg tak settle lagi.

Alhamdulliah, our majlis running smoothly. Cuaca pun tak panas terik time tuh. Settled dah semua. Syukur sgt. Dah tak payah nak pikir apa2 majlis lagi before Ramadhan ni. Skrg ni menunggu Ramadhan tiba. In Shaa Allah.