Pages

Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Jualan Murah! Murah!


Sempena hujung tahun 2010 ni, kami menawarkan produk-produk untuk penghabisan stok. Mulai hari Jumaat lagi barakah ini,
17/12/2010 - 17/1/2011
.


BELI KEK RM25 UNTUK 3 BIJI, CUMA BAYAR RM66 AJE termasuk pos!!
Klik KEK LAPIS SARAWAK



HARGA YES! 3 PEK CUMA RM28 JE termasuk pos!
Klik PERENCAH MASAKAN LIZA's



HARGA YES! 3 PEK CUMA RM20 JE
termasuk pos!!
Klik PERENCAH LAKSA SARAWAK HJ. MANAN




HARGA YES! 3 PEK CUMA RM20 JE
termasuk pos!!!
Klik BUMBU BUBUR PEDAS SARAWAK




HARGA YES! 2 ATAU 3 EKOR CUMA RM26 JE termasuk pos!!!
Klik TERUBUK MASIN




HARGA YES! BUAT BLOG CUMA RM45 JE
!!
Klik PERKHIDMATAN MEMBUAT BLOG & BANNER



HARGA YES! CUMA RM10 SEHELAI!!!
Klik
TUDUNG BUDAK

Read more...

Friday, April 23, 2010

Hello World!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

semoga sihat semua pembaca2 sekalian. Mesti ada yang tertunggu-tunggu coretan aku kat sinikan. (ada ke?)Dah lama tak update blog. Last update ujung bulan 2 tu. Ni dah ujung bln 4! huhuhu. Sibuklah katakan. Kadang ada order nasi ayam, nasi lemak... kadang ada buat blog. Buat blog ni pun kadang-kadang takde, tapi bila sekali datang 3-4 biji kena siapkan. Maka siapkan blog orang dulu, barulah fikir diri sendiri.

Bulan 3 lepas menyaksikan aku banyak ambil tempahan dari ofis hubby. Tart telur, cream puff, soto, bihun sup semua aku buat sendiri.




Pastu skype dgn mak abah kat kampung. Dah canggih sekarang ni. Walau jauh beribu batu, Simpang Rengam, Johor - Petrajaya, Kuching tadak hal punya.

Pastu ada Road Tour Permata Hijrah di The Spring, Kuching ni. Wah, best-best. Apa lagi... free treatmentlah.




*The Big Apple tu beli sebelum balik. Mahal rupanya. 3 ketul tu RM8.10. fuhhh.

Pastu ada attend 2 kenduri kawen kat sini. Rasanya penah cerita pasal wedding kat sini. Sangat-sangat lain dari semenanjung. Majlis hanya start jam 10-12 tghari sahaja. Lepas waktu tu, basuh periuklah jawabnya. Bila dah datang, terus duduk kat meja yang disediakan. Dah penuh, baru hidangan dihidangkan.



Pastu ada kawan dari Kota Bahru datang cuti-cuti Malaysia ke Kuching ni. Kak Zu and the family dan famili jiran dia, kira-kira 15 orang semuanya datang sini. Stay kat rumah kawan. Mujur dapat rumah sebiji, kalau duduk hotel, mau bengkrap bapaknya. hehhe.



Bulan 4 pulak.

Kakak angkat kat sini baru pas bersalin, dia mintak tolong masakkan untuk dia sahaja (lunch & dinner) dan mandikan baby. Actually, ni anak no 3 Kak Ina. Tapi sebab mak mertua dia (hb dia org sini) mengajar pagi dan mak dia (orang Melaka) datang lepas seminggu dia bersalin, maka memanglah memerlukan seseorang nak urus dia. Aku ok je sebab lepas antar Aidi sekolah, langsung ke rumah dia. 10 hari gak amik part-time ni. Dapatlah upah sket. Thanks kak. Semoga akak dan Nur Anisah Nabeehah sihat selalu.



Sara dah makin ligat. Still breastfeed. 1 thn 4 bln usianya. Kecik je. 7 kg! sekarang ni. Makan memilih. Nak nasi himpit, nasi kuah pindang je. Yang 2 ni memang tak tolak. Kalau cekedis, suka kopok, mami, vitagen. Dah pandai sedut straw si kenit ni. Minum pun pakai cawan. Air masak memang feberet sampai banjir rumah dia main. Baru ni kaki dia baru baik. Macam alergik. Bila tengah sakit tu, di garu-garunya sampai keluar darah dan air kuman. Sekarang dah baik, bila tengok kat tempat sakit tu, dia cakap, "uu aaa uuuuaaa" (dah baik ye mi)... hehhe, gitulah translationnya. Kalo tengok Upin Ipin, siap angguk pala lagi dengar lagunya. Pastu kalo dengar betul-betul-betul, terus dia besarkan biji mata dia macam orang terkejut tu sambil cakap "tah tah tah". hehhee.


Pastu dapat order roti jala dari Ina UNIMAS. Makan 6 org je. Bolehlah nk soping tudung sket. hehhe.



Pastu aku ada cipta menu baru, iaitu Nasi Lemak Hijau. Wallaaa... bila abang amik order kat opis, takut gak kalo dapat banyak. Tapi oklah. masih boleh dikerjakan. Dan dpt order bihun goreng 13 org makan. Yang nasi lemak tadi utk 10 orang makan.



Pastu Aidi sekarang dah mengaji Al-Quran. Alhamdulillah. Belum 6 tahun pun lagi. Dia ni jenis cepat pick-up otaknya, kata orang. Time-time tengah naik semuanya ni, alhamdulillah semua masuk pala otak dia dengan senang je. Aku rasa sekaligus benda-benda ni naik - mengaji Al-Quran, membaca BM & BI, mengira tambah tolak (sekarang tengah ajar darab). Sedang semangat dia tengah naik macam ni, aku memang suka menyokong dia. Aku beli buku latih tubi an. Jawi, BM, BI, Math, Sains. Aku rasa tak pressure dia sebab ni untuk latihan mengasah otak dia je. Cikgu dia pun kata, untuk ajar Matematik kat Aidi tak susah sebab dia banyak dah tau. Buat banyak latihan kat rumah pun banyak membantu. Apa taknya, baru beli buku latihan Math semalam, selang sehari dah habis dia buat. "Suka sangat Matematik ni mi"... ikut abah dialah ni. Abah dia scorer dari sekolah rendah sampai la ni. Sebab tu jadi pegawai hasil. hehhehe.




Kakak sekarang nak melawo je. Pantang keluar rumah, mesti pakai lip gloss. Letak bedak kompek sket2. Sibuk, macam ummi. Alhamdulillah, dah masuk minggu ke3 toilet trained dia dah tak tercicir lagi. Kakak dah 3 tahun lebih. Dah tak sabo nak gi sekolah. Asal Aidi gi sekolah je, sibuk nak ikut abang dia kata.



Dan kemuncak hari ini adalah Hari Jadi orang-orang yang aku sayang - mak, abang, Ana (kawan baik kat sek. men.). Aku buat kapkek dan sebiji kek untuk abang. Masa abang balik makan tengahari kul 12, Aidi bawak hadiah (suar, kemeja, stokin), Najlaa bawak kad & bunga (sekuntum je) dan Sara sambut abah balik. heheheh. Seronok tengok masing-masing excited. Semoga kasih sayang ini terus bersinar selamanya. Amin.



*punyalah panjang entry. Sapa boring, jangan layan yek. hehehe.
Read more...

Friday, February 26, 2010

Aishoppe Kitchen

Bismillah...

dengan rasminya, aku merasmikan pembukaan bisnes katering aku ni dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim... :) mehlah semua jemput masuk kat blog baru ni ye. Untuk orang Kuching, sila-sila tengok dan bagi order ye. hehhe. Rasa di jamin sedap dan diingati selalu.


http://aishoppe-kitchen.blogspot.com/
(gambar kartun menutup aurat setelah diedit... hehehe)


Read more...

Thursday, February 11, 2010

Tart Telur

Bismillah...

di suatu petang yang hening, setelah memikirkan apa yang hendak dimakan di petang hari, aku selak-selak buku resepi makanan anak pintar Pa&Ma. Belek punya belek, ada yang menarik pandangan tekak aku. Tart telur (makanan berkhasiat gak ni). Maka, korek-korek almari dapur, ada semua bahan. So, mulalah operasi menguli dan membuat filling, ikut dlm buku sejibik sejibon nih.



Bahan A:
100gm tepung gandum
70gm mentega (aku guna Butter Cup)
30gm gula halus (beli yg dah siap, kalo dah abis, kisar sendiri)
3-4 sudu Air masak

Bahan B:
3 biji telur
200ml susu (aku guna susu cair)
150gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:

1) Doh tart: campur semua tepung, mentega dan gula halus sehingga sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, uli perlahan-lahan sehingga adunan menjadi lembut. Bila dah cukup lembut, masuk sedikit doh dalam acuan bunga yang bersesuaian dan buatkan lubang di tengah-tengah doh seperti bentuk mangkuk utk diisikan dgn bahan B nanti.

2) Filling/Isi tart: Campurkan ke semua bahan B menggunakan mixer atau pemukul telur. Setelah kembang, tuang ke dalam doh yang telah di sediakan. Bakar dlm suhu 170 darjah celcius selama 20 min atau filling betul2 masak.


Tu resepi basic yang aku ikut. Pastu search kat tenet, kekdah lain plak (koje berlambak2 ni... buat koje lain plak dia... huh!)... Jumpa resepi doh yang lain plak. Ada yang bakar doh dulu baru masuk filling, ada yang kena cucuk dgn garfu dulu baru bakar. So, try lagi. Memandangkan filling ada sengah botol mayonis beso tu lagi, maka buatlah lagi tartnya. Jumpa yang Mat Gebu punya.


BAHAN UNTUK PASTRI MANIS
200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)

UNTUK PASTRI MANIS :-
1) Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (tak payah kembang),
2) Masukkan telur dan putar sekejap, perlahankan speed,
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh.
4) Bulat2kan, tutup dengan plastic wrapper, rehatkan sebentar.
5) **Pastu, masuk sedikit doh dalam acuan bunga yang bersesuaian dan buatkan lubang di tengah-tengah doh seperti bentuk mangkuk dan cucuk dgn garfu sket dan bakar dlm suhu 170 darjah celcius selama 10 min, kemudian masukkan filling dan bakar lagi 20 min atau sehingga masak kuning berkilat.

**utk tart telur

so pasni kalau ada orang nak order, bolehlah dipersilakan. RM0.60 sahaja sebiji. :)
Read more...

Saturday, November 01, 2008

Special Annoucement

Sesiapa yang nak sample kek lapis, boleh email terus kepada saya di suhaiza81@gmail.com. Ada perasa cheese, rempah, coklat walnut, madu belang, blueberry, prune, masam manis, cheese ice cream, swiss roll dan sutera ungu.


Cuma pilih 6 jenis untuk RM23 termasuk pos.


CEPAT! Sementara stok masih ada!


contoh sample

Read more...

Saturday, July 12, 2008

Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum semua,

lama tak update. Dah nak raya ni, sibuk sket. Ramai pula yang berminat nak jadi agen kek lapis di kawasan masing-masing. Setakat ni aku dah sediakan 24 40 sample kek lapis untuk 26 orang dealer. Semua aku buat sendiri, dari pergi beli kek, asingkan mengikut order hinggalah ke pejabat pos. Alhamdulillah, sambutan amat memberangsangkan. Yelah, nak cari duit lebih untuk raya ni. Beli lebih 10 biji ke atas, harga special menanti.

Tempoh order dari sekarang hingga sebelum 1 Ramadhan. 1 Ramadhan dah tak amik order. 1 Ramadhan dijangka 1/9/2008 ni, so ada masa untuk order kira-kira sebulan setengah lagi. Memang mula-mula ni takde order sangat, nanti dah nak dekat tutup order, banyak orang yang baru nak order atau tambah order.

Nanti jangan pulak ada yang marah aku sebab tak dapat kek lapis ye. Sebab aku dah war-warkan setahun sebelum puasa lagi... heheh... awal promo tu... hehhe

Ni contoh samplenya, RM23 termasuk pos ada 6 jenis, setiap 1 jenis anggaran 2 cm.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...