Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

22 March 2012

Toilet Trainning = free diapering

Hai Semua ;-)*

Kali ni cerita pasal si bujang kenet aku tu pulak la..hehehe..cerita pasal dia yang da meng-save-kan duit ummiwalidnye dari membeli sabun cap kapak untuk basuh CD's nyer..hehehe..

tajuk yang sangat parenting kan..Potty Trainning..(konon)...hehhee..kanak2 yang berusia dua tahun lebih atau seawal mungkin setelah dia faham apa itu rasa basah & tidak selesa patut diajar untuk ke tandas supaya tidak berpampes lagi..



3 tahun 1 bulan merupakan 1 jangkamasa yang lama untuk Rayyan mengenali tandas & tidak berpampes..sepatutnye diusianya itu dia telah pandai untuk ke tandas dengan sendirinya..disebabkan sikap putus asa ummi nye, Rayyan baru je nak berpotty trainning..hehhee..bukan ape, sangat menguji kesabaran umminye untuk didik si rayyan ni ke toilet tu..memang la kan, budak kecik lagi..bukan boleh terus pandai..

aku da stat berpotty train ni masa dia 2 tahun 9 bulan..tak berjaya..kejap kejap tercicir..boleh lak sambung main dengan seluar yang basah tu..aisssehhhmen, tak daya la aku nak ikut tip tip dari FAMILYDOKTOR ni..semangat aku untuk melatih si Rayyan ni untuk ke toilet tidak sekuat semangat mengepam susu dulu..oleh itu ianya berkubur seketika..maknenye pakai le CD tu balik yer..

dalam pada tu timbul juga rasa tak puas hati..orang lain boleh jer bersabar mendidik anaknya, kenapa aku tak?!!..oleh itu, aku cekalkan hati untuk tidak pakaikan CD sewaktu balik dari taska..antara yang aku buat untuk dia happy ber free diapering tu:

~ aku umpan dia dengan spender Ultraman, Ben 10 & Cars..cakap kat dia yang kalo nak pakai spender ni, tak leh pakai CD sebab tak muat..Cd tu da sebakol penoh nye..spender tu kecik je kan...mane muat! (ok, dia terima..)

~ kene pakai spender sebab pampes dabis..sambil tunjukkan plastik pampes yang da kosong atau CD yang basah tak kering2..(ok, dia terima juga..)

~ yang paling tak tahan, aku cakap..bebird pun nak main ngan Ultraman tu..so kalo pakai CD..camner bebird nak main..(ok, dia terima juga..)hehehee..

~ kuatkan semangat, kejap2 aku tanye dia nak kencing ke tak..ajak dia ke toilet walaupun dia taknak sehinggakan dia takmo kasi bebird nye main...pandai lak tu, soh aku masukkan CD yang tak kering tu dalam washing machine..konon cepat le kering tu..(ohhh no no no...aku cakap mesin rosak!..) redha je dia pakai...hhehehhee...

itu je yang aku buat masa Rayyan 3 tahun 1 bulan.. & sehingga kini,3 tahun 3 bulan da pun pandai ke toilet di rumah & taska..cume aku awasi dia di toilet, risaukan lantai yang licin & kebersihan dia bersuci tu..

buat masa ni, Rayyan cuma pakai pampes time tido atau time outing jer..ummi nya belum ade masa nak kejut kan Rayyan bangun tengah malam untuk ke toilet & terasa macam leceh nak train dia masa outing..

insyaallah, sebelum 4 tahun, Rayyan akan meng-save-kan duit ummi walidnye dari membeli pampes walaupun pampes cap ayam jer..hehhehhe..

da daaa...

jangan lupe klik iklan sidebar tu yer.. u klik i.. i klik u back!!!

Tempat Yang Di Larang Tengok di Google Map

Hai Semua ;-)*..

Memandangkan aku memang pengguna tetap Google Map, mane tak nyer, ke lokasi penggambaran yang di celah pelusuk tempat..termasuklah tempat2 cuti yang aku pergi, semuanya di search dari Google Map tu..memang berguna la bagi aku..maklum le, takder pun menda alah GPS..papago..gogopa tu. So, alternatif inilah harus digunakan..pasti jumpa..

aku tertarik dengan 1 entry dari blogger sorang ni..yang menyatakan tempat tempat di dunia yang dilarang untuk dipaparkan di Google Map..terkejut juga..

Tempat tersebut adalah;
1. The Royal Residence, Belanda

2. Buffalo Niagara International Airport
3. Tantauco National Park, Chile

4. Keowee Dam, South Carolina

5.Tapak Misteri Rusia

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun
7. The Michael Aaf Building, Utah

8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York
9. Babylon, Iraq

10. Vlissingen, Belanda

nak tahu kenape dilarang paparannye?!!

tgk sini utk lebih lanjut:


Mujur semua tempat yang aku google kan sebelum ni boleh dipaparkan..kalo tak, haru le aku nak cari tempat nye..hehehehe..

20 March 2012

Sebelum Tidur, kite amalkan...

Hai Semua ;-)*


Kebiasaan sebelum kite tidur, kite mesti cuci kaki, amik wudhu, selesaikan solat fardhu, tidur mengiring ke kanan & baca doa tidur kan..selain daripada rutin tersebut..SEBELUM tidur, Rasulullah S.A.W. pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah r.anha:...

“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

1. Khatam Al Qur’an..

2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat..

3. Membuatkan para muslim meredhai kamu..

4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” ....

Rasulullah S.A.W. tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”....

- MAFHUM DARI HADIS -

da daaa...sharing is caring....;-)

klik iklan kat sidebar tu yer.. u klik i, i klik u back..tQ.

19 March 2012

MENGAPA SUAMI BERMALASAN DI RUMAH

Hai Semua ;-)..

aku yakin..95% blogger yang follower blog aku yang 1 ni adalah wanita..& isteri..betol tak?!!sila angkat keyboard ehh..hehehehe....
oleh itu, moh kite baca & teruskan meng skroll entry ini untuk lebih tahu sebabnye..
~ Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki.

~ Hormon ini bukan saja penting bagi meyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki,tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing,menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.

~ Hormon testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya,malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya,tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga,

~ Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalamkamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.

~ Hormon testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosteroneyang semakin meningkat dalam tubuhnya.

~ Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun.Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.

~ Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu.

~ Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.

~ Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna.

~ Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.

~ Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.

”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”

~Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.

Bagaimana isteri boleh membantu suami?

Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya.

”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”

~ Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nada yang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya.

~ Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah.

Allah saja yang lebih tahu..

dari sumber ini..

kalo isteri malas pula mcm maner lak eh?!!!

da daaa..

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu yer.. u klik i.. i klik u back...TQ..

07 March 2012

Jangan Dalam Islam

Hai Semua ;-)

hari tu masa dok mengadap iluvislam tu, ade la 1 artikel ni..meh la, nak share kan nyer..

JANGAN dalam Islam..
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

mengingati diantara 1 sama lain itu lebih baik kan..

da daaaa..

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu yer.. u klik i.. i klik u...

01 March 2012

PETUA-PETUA MELAYU LAMA BERKENAAN SOAL MAKAN YANG TELAH DILUPAKAN

Hai Semua ;-)

PETUA-PETUA MELAYU LAMA BERKENAAN SOAL MAKAN YANG TELAH DILUPAKAN..mungkin dilupekan dengan sebab tertentu..yuk kite baca..


* Makan mencangkung payah dapat rezeki.
memang dilupekan sebab skang ni kan da der meje makan..

* Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
hehehe...

 * Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
rasenye ade yang suke makan beras masa mengandung kan..sakit kuning tak baby tu?!
* Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
takkan nak makan telur yang da busuk tu kan..tak lalu la..

* Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
hehhee..teringat lagu A.Y.A.M Jalil Hamid..

* Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
anak aku makan sampai habis le..

* Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
yang ni, mak aku kate mewarisi kepapaan..hmm tak tau le ader efek kat baby pulak eh..

* Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
kalo anak aku tak basuh pinggan?!! menantu dia ker?!!!aissyyy...

* Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar
nak try le...kot kot Rayyan dapat adik kembar ke nanti kan...

* Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
kali isteri yang makan bertindih pinggan?!!suami dua kah?!!

* Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
sakit kaki, sakit mulut, semua sakit dapat la..

* Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
mane 1 atas..mane 1 bawah eh..aku pun tak perasan..
* Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
kurang sopan di situ..tak manis orang nampak tau..

* Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
mandi lepas makan pun perut buncit gak kan..

ape pun..ini petua orang dolu dulo..kite pikirkan pulak kebaikan kebaikan dari petua tu..insyaallah tak menyimpang dari syariat Islam..

da daaa...

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu yer.. u klik i.. i klik u..

29 February 2012

Ganjaran Untuk Isteri Solehah

Hai Semua ;-)‎
8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan... oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

moga kite semua tergolong dalam golongan yang TAAT..

da daaa..

Jangan Luper Klik Iklan Kat Sidebar tu yer.. U klik I, I klik U...

28 February 2012

Para Suami, ini dia PETUA MELAYAN ISTERI..

Hai Semua ;-)*..

Saje nak kongsikan petua ni kat u olss..kot kot ader yang leka, alpa, tak perasan..leh la rujuk rujuk kat sini yer..
kot malu nak bagitau directly, print jer & letak kat tempat dia slalu lalu lalang..pandai le dia baca then follow mane yang baikkk...

ok jom baca:..
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….



2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

tapi kan, bagi aku..petua ni seswai jugak untuk Isteri kan..kalo suami tak mo buat..isteri buat je..



da daaaa...

tQ sudi baca yer..

Jangan lupe klik iklankat sidebar tu..u klik i.. i klik u..

13 January 2012

Tips- Cara Potong Kuku Anak Kecil

Hai Semua..;-)

Wwahhh..tajuk yang bunyi like like parenting sangat kan..heheh nak bagi tip la pulak...hehehe..hari ni hari Jumaat  kan..sunat nak potong kuku..balik nanti aku nak potong kuku si bujang aku tu..cepat nau panjang nyer..hmm tapi punye la liat nak potong kan kuku dia tu..kate nye sakit..sakit..nanti berdarah tak boleh makan..hehhee..ader experience eh Rayyan..ntah le, seingat aku, tak pernah pulak aku potong kan kuku dia tu sampai terluke pun..ni mesti dia nampak kawan2 dia kat taska kot..

kuku cantik, nak posing posing gune jari pun tak malu pun kan!..

hokei la..memandangkan sekarang ni memang susah betol nak potong kuku Rayyan tu..aku dapat 1 idea & ianya berjaya..yezzz sekarang ni tak susah dah nak potong kuku dia..aku nak le share kan macam mane aku pujuk dia..

#..biase nye, aku akan potong kuku Rayyan selepas mandi..sebelum mandi aku kene cakap ngan dia, lepas mandi ni kene potong kuku..kalo tak potong, nanti sakit perut sebab ader kuman kat kuku tu..(so, deal la lepas mandi potong kuku..) hmm mesti dia tanye, kuman tu hape la..nak tengok kuman la..puas juga nak terang..terangkan sambil mandi tu..
#..da siap pakai baju..terus aktiviti memotong tu..gunekan pengetip yang kecil comel tau..kalo aku, aku bagi pilihan kat dia memandangkan kat umah tu ader 2 ketip kuku kecik..ketip kuku dia dengan pilihan hati dia..
#..sambil ketip tu aku tunjukkan kuman tu..konon konon menda tu ader la..so dengan esaited dia mesti tengok & dok diam sebab takutkan kuman tu..hehehhehe...
# ..sambil tu jugak, aku kenalkan Rayyan dengan nama nama jari tu..ibu jari..jari telunjuk..jari hantu..jari manis..jari kelingking..yang paling dia teruja & mudah ingat adalah jari HANTU....HAHAHHAAHHH....
kenalkan sambil menyanyi ikut rythme tersendiri yer!..
#..amalan sunat ketika potong kuku, boleh la potong mengikut urutan seperti gambar kat bawah ni..


haaa selesai pun potong kuku Rayyan..

ps:..lagu si jari jemari tu, aku slalu nyanikan time nak tidokan dia..secara tak langsung, dia kenal & ingat nama jari jari tu...hehehhe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails