Una ni dah macam kucing nak tangkap tikus tau..bukan main gedik-gedik lagi. Dia memang pantang lah kalau tengok papa & abangnya main kereta control..melilau matanya. Kalau dapat kereta tu..memang kena gigit lah!
Nak masuk 7 bulan dah...tak merangkak lagi tapi punggung tu dah ringan. Asyik tertonggek-tonggek. Meniarap ni pon abis berpusing 360..laju je. Saya tengok pon pening! Hari tu nyaris2 jatuh katil..dah sendal dengan bantal keliling dia pon boleh bolos lagi..ish ish.
Sape pernah tengok parody cam ni? Ni festime jumpe parody bigbang..memang kelakar. Macam2 yang diaorang buat..Boys Over Flower, Coffee Prince lah, you're beautiful lah. Yang ni parody Secret Garden lakonan Hyun Bin tu. Sape yang tengok secret garden tu pahamlah kot, kehkeh.
Serius kelakar..si T.O.P tu jadi Hyun Bin, si GD pulak jadi han Ji Won..hilang sikit tension.
Ingat lagi tak pernah cite kat korang..yang anak bujang aku ni suka berbedak. Memang pantang lah nampak aku ni berbedak..kat entry ni.
Ni videonya..baru amik masa cuti baru ni. Sebenarnya dia mengantuk time tu..jenuh nak bagi dia jangan tido. Tu yang main bedak..hiks.
Tapi akhirnya tertido jugak..tension betul papanya.
Yelah..hari jumaat memang papanya akan bawak kitaorang berjalan. Masa kat rumah..susahnya nak suruh dia tido. Macam2 cara dah kitaorang buat. Tutup tv, tutup lampu..pastu makpaknya bantai tido. Dia masih ligat lagi..air & susu dah berbotol-botol minum, tapi tak tumbang-tumbang jugak. Cekal betul biji matanya.
Papanya siap warning lagi..'nanti time jalan kalau waiz tido..siap!'
Biasanya kitaorang keluar lepas Asar. Baru jer masuk kereta 5 minit..dah tersengguk-sengguk budak tu. Nak tido baring..takut papanya marah. Tu yang tertido sambil duduk. Lepas papanya kata 'gi lah tido belakang'..baru dia berani baring..kihkih.
Sebab selalunya dalam bab membuat pilihan ni..memang selalu jugaklah berbalah suami isteri. Masing2 nak menang kan..
Tapi masa nak bagi nama waiz dulu..MKS yang buat keputusan. Sebelum tu kitaorang ada list beberapa nama. Selepas dibuat beberapa pertimbangan, barulah MKS pilih nama yang terbaik.
Baby kali ni...kitaorang tak prepare apa2 nama pon. Tapi aku dah cakap awal2 kat MKS, kalau baby girl aku nak bagi nama sendiri. Tapi masalahnya sekarang, nama yang aku nak letak tu..semua MKS susah nak sebut. Aiyakk...
Aku rasa nanti..mesti MKS guna kuasa veto dia letak nama baby ni..
Antara persembahan yang aku rasa best & kelakar kat Raja Lawak 6. Selalunya tak tengok secara live pon. Sebab pukul 10 pm tu biasanya aku dah pengsan [tido]...hehe. Time 'Norman' nyanyi lagu Merong Anak Kampung tu..sedap jugak. Terus ber-youtube. Lagu Sabah rupanya..1st time dengar.
Lagu yang penuh jujur..ada lagi ke lelaki zaman sekarang yang mengaku dirinya tak berpelajaran, tak de kereta, tak de rumah? Biasanya time nak mengorat tu..sengkek pon kata kaya..ye tak?
Eh tapi..jangan tak tau. MKS dulu mati2 kata dia miskin, tak de kereta, tak de rumah..meniaga pon ikan masin jer. Melampau betul tipunya!
Pastu tu ada pulak lagu versi orang perempuan ni..memabalas lagu lelaki kat atas tu..hiks. Macam2 lah..layan je lah yer.
Tengok video ni kat facebook..tu yang tiba2 dapat idea nak buat entry pasal rotan. Kesian dan kelakar pulak kat budak ni kena rotan dengan maknya..tapi sebagai pengajaran jugak. Last2 budak tu sampai cakap "sumpah tak buat lagi"..hehe. Zaman sekarang ni jarang ibubapa yang guna rotan untuk ajar anak kan? Tak macam zaman dulu..rotan tu ibaratnya lekat di tangan lah. Anak buat salah sikit..rotan. Bapak jeling sikit..dah terketar-ketar. Cuba buat kat budak zaman sekarang..sikit tak heran.
Aku tak tau lah samada rotan ni masih relevan lagi atau tidak untuk ajar anak2 zaman sekarang. Sebab sekarang ni, budak2 dah terlebih advance..pantang di tegur, mula lah buat muka. Jadi..makpak dah pukul dengan rotan pon takut. Tu belum cikgu2 yang rotan lagi..abis kecoh satu Malaysia. Front page Metro lagi! Betul tak?
Ikutkan kat rumah aku ni..memang ada sebatang rotan. Aku beli before pregnant-kan si waiz tu lagi. Time tu sajelah beli. Tak guna pon. Cuma baru2 ni MKS ada lah guna..nak ajar waiz kononnya. Yelah, budak kecik tu kadang2 buat perangai 'baik' dia jugak.
Dah di ajar banyak kali dengan penuh kasih sayang & berhemah pon..masih tak dipeduli. Tu yang MKS geram, di kejar jugak budak tu dengan rotan. Aku ni..masih tak ada kekuatan lagi nak angkat rotan tu. Ada sekali tu try jugak angkat rotan..tapi budak kecik tu tak takut pon. Suka ada lah! Maybe dia tau kot..aku ni tak kan pukul dia pon.
Tapi cuba MKS yang pegang rotan tu..memang mencicit lah budak tu lari menyorok kat aku. Sebab dia tau..papanya kalau dah pegang rotan tu..mesti kena juga sikit. Biasanya kalau MKS nak rotan..aku memang akan ingatkan dia, pukul bahagian kaki jer. Lagi bagus kat tapak kaki. Sebab pernah dengar kat rancangan tanyalah ustaz..ustaz tu kata kalau nak rotan/ajar anak..pukul lah kat tapak kaki dia. Jangan dibahagian badan dan muka. Tapi sekarang, aku dah sorokkan rotan tu..takut jugak kalau MKS hilang pertimbangan..tak sedar diri, teruk pulak dirotan budak tu.
Kalau diikutkan..antara aku & MKS, aku lah yang baran sikit. Memang cepat melenting dan naik tangan. Tapi bab anak ni..terus jadi lemah. Tak sampai hati nak pukul dia. Melainkan ada hantu setan dah merasuk..barulah aku pukul2 bontot budak tu. Alah..berlapik pampers pon, manelah rasa sangat kan. Paling teruk pon..aku pulak yang menangis sebab kena hadap perangai 'baik' budak tu. Terus waiz pulak yang sedih..time tu dia taulah aku memang marah sangat kat dia. Hah..masa tu memang aku 'brain wash' kaw-kaw lah.
Korang..tak pernah rotan anak ker? Sebab tak pernah baca cite2 blogger yang rotan anak. Ke anak korang memang baik2? Anak aku ni jer yang aktif semacam..naik semput pulak. Ni baru sorang..keluar yang kedua ni? Waahh..nak jadi ibu bapa sekarang ni bukannya senang kan. Kena buat persediaan mental dan fizikal..fuhh.
Ni versi video budak kecik mengaji..banyak main! Tahanlah 5 minit dia mengadap muqaddam tu. Pastu dia sendiri tutup..simpan muqaddam. Oh..cerdik punyak budak! Tapi salah si tukang ajarnya jugak..ajar anak mengaji sambil layan tv, cam ne tu?
MKS ni kalau dapat layan cite melayu...bukan main lagi. Dulu layan cite Tentang Dhia..ingat kan dah abis, malas lah nak layan cite2 waktu Maghrib ni. Tapi sekali cite Gemersik Kalbu ni ada Ayu Raudhah lah pulak! Laki ai memang cair dengan awek2 cun ni..awas ko syaiton!
Baru selesai tengok cite Tentang Dhia kat tonton.com...Khamis hari tu tak sempat nak tengok. Meleleh-leleh airmata ai tengok tadi. Abis basah semua kertas2 kerja aku..hehe. Tapi tak best sebab tengok sorang..kalau MKS ada mesti best. Boleh tumpang nangis kat bahu dia..auww! Ni kalau MKS tau aku dah tengok, mesti dia jeles..sebab dia pon tak tengok cite last episod ni lagi.
Tak nak citelah pasal endingnya..walaupon aku baca2 kat blog & facebook..ramai yang x puas hati. Sebab tak tunjuk pembalasan kat mak si Zikir tu. Tak pelah..agaknya penulis skrip tu nak kita buat kesimpulan sendiri kot. Lagipon..kalau mak si Zikir tu tak dapat pembalasan di dunia atas apa yang dia dah buat selama ni, kat akhirat nanti pasti dia terima kan..hehe.
Sebenarnya aku nak share lagu2 latar kat dalam drama Tentang Dhia ni..best2 pulak lagu kat episod akhir ni. So aku google-lah..tq pada blog ni sebab ada buat list tentang lagu2 dalam cite Tentang Dhia. Ni versi youtube..untuk simpanan aku sendiri. Enjoy...
Eh ni bukan nak cite pasal kucing aku si Boboi tu ek..sebab sekarang ni tengah marah dengan si Boboi tu. Geram...hari tu bukan main baik lagi. Tapi bila MKS lepas dia satu malam dari cage dia, esok tu dia protes nak kuar dari cage pulak. Bila kita tak bagi..eh dia berak kat luar bekas pasir dia! Satu hari aku bebel2 kat dia..tahi2 dia biar MKS yang buang. Ish..geram, nanti sambung cite kucing aku ni yer.
Sekarang kan tengah main Maharaja Lawak Mega kat Astro Warna. Ntah macam mana boleh terlupa nak tengok. Bila bukak Warna..dah terlepas group Boboi buat persembahan. Sape yang tak tau..group Boboi ni terdiri dari Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Rasanya gandingan yang hebat dan terbaekkk. So aku nak sokong group ni. Tapi tak pernah undi pon! Hehehe..sokong je lah.
Malam tadi main..pagi ni dah ada orang upload dalam Youtube. Memang best lah! Go Boboi go Boboi..
Sori lah yer..kualiti video tak memuaskan. Amik guna hp cap ayam jer. Dah lah model dua orang tu pon tak secerah dan sesuci mamanya..keh keh. Makin gelap dan kelam lah jawabnya..
Paling tak tahan..budak tu beriya-iya tiup, tapi api tak padam2 pon. Yang papanya pulak, nyanyi lagu happy besday! Lagi lah budak tu perasan tu kek dia..layankan je lah
Sebenarnya aku tak ada layan sangat AF ni..tapi bila tengok kat diari yang Hazama akan nyanyi lagu Train - soul sister & Kay pulak nyanyi lagu Beng E king - Stand by me, terus aku tertunggu-tunggu dekat depan TV. Dua2 lagu tu lagu feveret aku..so nak tengok gak diaorang bawak lagu tu cam mana. Best ke tidak..
Tapi Kay nyanyi memang tak menepati citarasa aku..patutlah tersingkir pon. Hazama pulak..memang best. Dengan menarinya..memang bestlah. Terbaekkkk...
Dan dan rasa nak suruh MKS buat rambut cam Hazama..kui kui (berpaling tadah nampak! - tak tak, abang Noh tetap di hati)