Showing posts with label Abdullah Badawi. Show all posts
Showing posts with label Abdullah Badawi. Show all posts

Friday, 23 August 2013

PEDASNYA SINDIRAN TUN M PADA PAK LAH BERKAITAN "THE AWAKENING"!

-JIKA SAYA BERSARA AWAL, SUDAH TENTU KITA DUDUK ATAS GUNUNG WANG RINGGIT SEKARANG, SINDIR TUN M SEBAGAI JAWAPAN BUKU "THE AWAKENING PAK LAH! KEKEKE!!!-

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab tuduhan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bahawa Malaysia mungkin bangkrap jika idea-idea dan projek zamannya diteruskan pada zaman Abdullah seperti yang terkandung dalam buku The Awakening.

Entri dengan 11 poin itu dimulakan dengan Dr Mahathir berkata beliau gembira apabila Tun Abdullah menerangkan bahawa beliau tidak menulis mengenai negara bangkrp itu tetapi ‘ditulis oleh si penemuramah’.

“Saya harap beliau (Pak Lah) tidak kisah jika saya mahu membersihkan nama berhubung apa yang ditulis oleh penemuramah berkenaan dalam ‘The Awakening’,” kata beliau melalui blog miliknya (chedet.cc).

Dr Mahathir mengakui beliau seorang pemimpin yang boros kerana menghabiskan wang kerajaan untuk membangunkan Projek Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain lagi.

“Kalau Tun Abdullah menggantikan saya lebih awal semua itu (projek-projek yang disebutkan di atas) akan diberhentikan bagi menyelamatkan Malaysia daripada bangkrap. Sepertinya, beliau berjaya menghalang pembinaan jambatan bengkok dan projek laluan keretapi elektrik berkembar,” katanya.

Tambah beliau, pembinaan jambatan berkenaan hanya menelan belanja di bawah RM 1 bilion namun kos ganti rugi akibat pembatalan itu menelan RM200 juta.

Dr Mahathir selanjutnya memberikan banyak lagi contoh ‘penjimatan’ yang dibuat oleh Abdullah.

Namun jelas daripada entri beliau itu bahawa penjimatan yang dilaungkan Abdullah lebih mencerminkan kebodohan Perdana Menteri itu.

Mesej Tun Mahathir di akhir entri berkenaan adalah mudah bahawa walaupun ‘kerajaan yang kaya’ bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12, hasilnya rakyat memberikan 5 negeri dan sebuah wilayah persekutuan kepada pembangkang.

“Hanya majoriti yang kecil diberikan kepada kerajaan yang pandai berjimat-cermat,” katanya.

Rakyat tidak menghargai ‘kerajaan kaya’ yang cuba Abdullah wujudkan.

Dr Mahathir berkata, jika beliau berundur lebih awal, sudah pasti kita semua duduk atas gunung wang ringgit. (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 12 August 2013

BUKU "AWAKENING" BUKAN DITULIS PAK LAH?

-KENYATAAN MEDIA YANG AMAT BERBAHAGIA TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI MENGENAI BUKU "AWAKENING"-

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen. Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut. Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal. 

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri. 

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut. 

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca. Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. 

Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. 

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.

TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

12 Ogos 2013

-UnReportedNews™®

Friday, 9 August 2013

TUNGGU SAAT & KETIKA SESUAI, TUN M AKAN BIDAS PAK LAH?!

-DALAM RESPONNYA TERHADAP BUKU TULISAN DUA BEKAS PEMIMPIN TERTINGGI; LEE KUAN YEW & PAK LAH, SECARA SARKASTIK TUN M MENYATAKAN BELIAU AMAT "TERHIBUR" AKAN "SINDIRAN" KUAN YEW & BUAT PAK LAH PULA, DIA AKAN MEMBERI "KENYATAAN BALAS" DALAM MASA YANG TERDEKAT NI! ADOI, TAK TAU LER APA KOMEN TU NANTI YER, TAPI SEPERTI BIASA, IANYA PASTI TERAMAT PEDAS & MENUSUK JIWA SESIAPA YANG TERKENA KAN? KEKEKE!!!-

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) hadir rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya semalam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau akan mengulas mengenai komen teguran menyinggung yang dibuat oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'Awakening: Tun Abdullah Badawi Years in Malaysia, terhadap menyinggung teguran oleh pengganti dia Tun Abdullah Badawi dalam buku itu, Awakening dalam masa terdekat.

"Saya akan kaji buku itu. Saya akan membuat sedikit rujukan dalam tempoh tersebut," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di sini pada Khamis.

Dalam buku tersebut, Abdullah berkata hubungannya dan Dr Mahathir renggang sejak beliau mengambialih pemerintahan negara kerana kerana "ketidakupayaaan beliau menerima kritikan dan pandangan orang lain melainkan dirinya sendiri."

Kenyataan tersebut dapat dibaca dalam bab pertama, 'A Conversation With Tun Abdullah Ahmad Badawi' yang dijalankan oleh Prof Bridget Welsh dan Prof James U.H. Chin.

Buku tersebut turut memuatkan karya tulisan daripada tokoh politik seperti Mohamed Khir Toyo, Liew Chin Tong dan Edmund Terence Gomez.

Abdullah bukan satu-satunya figura politik yang menyatakan sindiran pedas terhadap Dr Mahathir minggu ini.

Dalam buku terbarunya, 'One Man's Views of the World, bekas Perdana Menterinya Singapura, Lee Kuan Yew mempersoalkan bagaimana Malaysia hendak mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju.

Dr Mahathir, 88, dikeremuni para pemberita pada Khamis di majlis rumah terbuka Perdana Menteri untuk mendapat komen beliau mengenai kritikan yang dilemparkan oleh dua bekas rakan baiknya.

Bagaimanapun Dr Mahathir yang bersikap peramah itu tenang sahaja dengan kritikan yang dilemparkan oleh Lee terhadapnya.

"Dia sudah berusia 90 tahun. Kita beri dia elaun macam orang memberikannya kepada saya juga

"Beliai berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara, terutamanya di Singapura," katanya.

Selain daripada itu, Lee berkata Malaysia sebelum ini merupakan sebuah negara yang 'tenang' namun kini ia telah menjadi 'lebih ortodoks sejak berada di bawah pengaruh negara Timur Tengah'.

"Mereka pernah menyediakan minuman keras pada majlis makan malam dan minum bersama anda," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 May 2012

ANWAR GENTAR DENGAN NAJIB-PART III

-SEBAIK SAJA MENGETAHUI NAJIB RAZAK AKAN BAKAL MENJADI PM MENGGANTIKAN PAK LAH, ANWAR IBRAHIM TERUS BINGKAS MEMBUAT PELBAGAI RANCANGAN UNTUK MENGHALANG NAJIB DARI BERBUAT DEMIKIAN & SALAH SATU DARIPADA RANCANGANNYA TERMASUK CUBAAN ANWAR UNTUK "MENYUSUP" BALIK MASUK KE DALAM PARTI UMNO-

Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan bekas bosnya itu sememangnya menggentari Dato' Seri Najib Tun Razak dari dulu lagi malah Ezam turut mendakwa sebaik sahaja mengetahui Najib bakal mengambil-alih pucuk pimpinan kerajaan, Anwar kelihatan gementar dan serta-merta membuat rancangan untuk menggagalkan Najib dari berbuat demikian.


"Apabila saya mengesyorkan kepada Anwar untuk melawan Najib   secara "head-on" dalam Pilihan Raya Umum (PRU), Anwar seakan-akan tidak begitu yakin untuk mencapai kemenangan melalui PRU," jelas Ezam lagi.


Dia turut mendakwa Anwar malah mengeluarkan kata-kata, "No..no, we cannot..I have worked with Najib before..Najib is a very smart guy..we have to stop him from becoming PM..we cannot allow him (Najib) to become PM..should he becomes PM, we are "finished"." 


("Tak boleh..tak boleh..saya pernah bekerja bersama Najib sebelum ini..Najib itu seorang yang bijak..kita harus menhalangnya dari menjadi PM..kita tidak boleh membiarkannya (Najib) menjadi PM..sekiranya dia menjadi PM, "habislah" kita.")


"Apabila saya bertanya apakah tindakan seterusnya, Anwar mengarah saya untuk menjejaki seorang Kiyai (ulama) di Indonesia..jenuh juga saya mencarinya namun berjaya juga saya menemuinya (Kiyai tersebut) akhirnya dan terus mengatur pertemuannya dengan Anwar. 


Seperti biasa, Anwar dengan mudah mendekati Kiyai tersebut (dengan perwatakan alimnya) dan dalam masa yang begitu singkat perhubungan mereka bagaikan anak dan bapa. Rupa-rupanya Kiyai tersebut yang mengenali Pak Lah (PM) secara peribadi dan Anwar dapat mempengaruhinya untuk bertemu dengan Pak Lah."


"Begitu hebatnya dan liciknya manusia yang bernama Anwar Ibrahim itu yang berkemampuan memanipulasikan seseorang, bukannya orang kebiasaan, malah mereka yang bertaraf ulama pun menurut  segala apa saja perancangannya..sehingga pada satu ketika dia (Anwar) menyatakan kepada saya bahawa Kiyai tersebut telah menasihatinya untuk kembali masuk ke dalam UMNO!!"


"MasyaAllah,  mungkin kerana sifat "egonya", Anwar sampai boleh terlupa bahawa dia sendiri yang telah mengarah saya untuk mencari dan mengaturkan pertemuannya dengan Kiyai tersebut!," tambah Ezam dengan sinis.


"Dipendekkan cerita, kami bertiga kembali ke Malaysia dan sewaktu Kiyai tersebut menemui Pak Lah, saya dan Anwar berada di dalam kenderaan di luar kediaman rasmi PM. Anwar kelihatan gelisah sepanjang waktu kami menanti Kiyai tersebut."


"Sudah masukkah dia (Kiyai) ke dalam? Dah masuk ke dia?," tanya Anwar bertalu-talu kepada saya seolah ingin mengetahui dengan secara terperinci setiap pergerakan Kiyai tersebut.


"Akhirnya, saya sedar rupa-rupanya Kiyai tersebut sebenarnya telah di beri "misi" oleh Anwar Ibrahim untuk memujuk Pak Lah agar menerima Anwar kembali masuk ke dalam UMNO!..kerana ingin menghalang Najib menjadi PM tapi mujurlah Pak Lah tidak termakan tipu-helah rancangan Anwar..kalau tidak, tak tahu lah saya apa bagaimana keadaan kita masa kini."


"Anwar begitu takut dan gentar pada Najib sehinggakan dia sanggup merancang rancangan politik yang begitu kotor dan serendah itu..itulah Anwar Ibrahim yang sebenarnya iaitu seorang individu yang tidak teragak-agak melakukan apa saja demi untuk mencapai cita-citanya."

"Segala tindakannya, termasuk menyokong perhimpunan haram dan apa saja gerakan yang menentang kerajaan menggambarkan peribadi sebenar Anwar Ibrahim iaitu seorang individu yang "merbahaya dan ancaman" kepada negara kita kerana dia tidak akan teragak-agak mengadaikan Malaysia jika perlu, untuk memastikan dia berkuasa.'


"Saya sedar masyarakat di negeri Sarawak ini telah lama mengamalkan toleransi sesama kaum hidup bersama dalam keadaan aman damai  dan ini telah mematangkan lagi saudara-saudari sekalian untuk menolak idealogi dan fahaman bertentangan dengan amalan dan budaya kita yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim dan ini jelas terbukti menerusi keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lepas."


-UnReportedNews™®




PS: Ada lagi... Nantikan Part IV dialog tertutup Ezam yang diadakan di auditorium pusat latihan LHDN di bandaraya Kuching ini pada hari Rabu yang lepas. Ezam tiba di sini untuk beristirehat bersama keluarganya selama empat hari di sini namun kesudiannya secara sepontan untuk melibatkan diri dalam beberapa siri program amatlah di hargai.

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List