Showing posts with label SSKM. Show all posts
Showing posts with label SSKM. Show all posts

Tuesday, 5 May 2015

Malaysiakini Putarbelit "Pertemuan" Adenan Dan Doris


Sekali lagi portal Malaysiakini memutarbelitkan berita yang kononnya Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem telah mengadakan "pertemuan" dengan wanita kelahiran Sabah yang kini menjadi buruan polis, Doris Jones pada satu "sesi khas" di Kedutaan Malaysia di London semalam. 

Portal tersebut yang dipetik sebagai berkata, Doris melalui laman Facebooknya berkata, Adenan ada "menyatakan sesuatu" kepadanya dalam pertemuan berkenaan.

"Orang Sarawak akan tahu juga nanti. Tetapi apa yang diperkatakan beliau tidak jauh daripada apa yang saya jangkakan," katanya lagi.

Portal tersebut memberi persepsi bahawa Doris, yang dikehendaki polis kerana didakwa terbabit dalam kegiatan mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia bagaikan telah "dijemput" ke majlis tersebut namun ianya adalah sebaliknya.

Menurut sumber, majlis tersebut merupakan Majlis Pertemuan Khas Ketua Menteri Sarawak bersama pelajar-pelajar dari Sarawak yang menuntut disana.

Tanpa diundang, Doris dan beberapa orang rakan SSKMnya telah meminta bertemu dan kemudiannya bergambar Adenan yang lazimnya tidak menolak kerana sihatnya menghormati semua orang menunaikan menunaikan hasrat mereka. 

Dan YA, memang Adenan ada menyatakan "sesuatu" kepada Doris disaksikan dan didengari dengan jelas oleh oleh pegawai-pegawai kerajaan Sarawak di sana yang, "There is no secission of Sarawak from Malaysia (Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia)".

Jadi, apa saja yang Doris akan katakan selain dari itu selepas ini semuanya hanyalah angan-angan dan putarbelit beliau sendiri. Kita tunggu. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Wednesday, 3 September 2014

AWAS! SSKM KINI DALAM PEMERHATIAN POLIS!


Kerajaan telahpun mula mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan agar rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. 

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Syukri berkata PDRM pada masa ini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang disifatkan mampu menggugat keamanan dan kestabilan khususnya di kedua-dua negeri itu.

Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana secara eksklusif menerusi perbualan talipon tengahari tadi berkaitan tindakan yang telah di ambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. 

"Pada masa ini, pihak polis sedang menyiasat berhubung dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa sebagai "Sarawak dan Sabah Keluar Malaysia" (SSKM) yang dianggap mampu menggugat keamanan di negeri Sabah dan Sarawak."

Ditanya apakah bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kumpulan pemisah ini, Nancy berkata, kerajaan terpaksa  melihat apakah kesalahan yang dilakukan (mereka) namun kes boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu menerusi akaun Twitternya memberi amaran kepada pihak tertentu yang mengadakan kempen di Sabah yang bertujuan untuk memporak-perandakan negara ini dan mereka dalam perhatian polis. 

Difahamkan, sejak kebelakangan ini, beberapa pihak begitu galak dan secara terbuka menerusi media sosial telah cuba menghasut pelayar-pelayar media sosial agar Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia.-Sarawakiana

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List